Mahkamah- Kalimah Allah 5/3/2014 Rabu Kuala Lumpur - Mahkamah - TopicsExpress



          

Mahkamah- Kalimah Allah 5/3/2014 Rabu Kuala Lumpur - Mahkamah Persekutuan di Putrajaya hari ini selesai mendengar permohonan Gereja Katolik bagi kebenaran merayu Keputusan Mahkamah Rayuan yang melarang menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan akhbar minggu mereka, The Herald. Bagaimanapun keputusan berhubung perkara itu akan diputuskan pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian. Permohonan mendapatkan kebenaran itu didengar oleh panel tujuh hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tan Sri Arifin Zakaria. Turut bersidang Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md.Raus Sharif; Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin; Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum; Panel lain ialah Hakim Mahkamah Persekutuan (HMP) Datuk Suriyadi Halim Omar, Datuk Zainun Ali dan Datuk Jeffrey Tan Kok Hwa .Hujahanan kedua-dua pihak disampaikan peguam Datuk Dr. Sirus Das mewakili gereja dan peguam kanan persekutuan Suzana Atan mewakili kerajaan. Sementara itu, kira-kira lebih seribu orang umat Islam daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan berhimpun di perkarangan Istana Kehakiman bagi mengikuti perkembangan sidang mahkamah hari ini. Kumpulan tersebut turut mengadakan solat hajat dan bacaan Yassin. Turut hadiri sekumpulan kecil golongan berfahaman liberal yang menyokong penggunaan kalimah Allah kepada penganut Kristian. Kronologi pertikaian penggunaan kalimah Allah bermula pada pada 16 Februari 2009 apabila pihak Herald memfailkan semakan kehakiman berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan gereja itu serta menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden. Herald menuntut, antara lain satu deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri pada 7 Januari 2009 berhubung larangan penggunaan kalimah Allah dalam mingguan Katolik itu adalah tidak sah dan kalimah Allah bukanlah eksklusif kepada agama Islam. Akhbar mingguan Katolik yang dicetak dalam empat bahasa, menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahan untuk God bagi seksyen bahasa Malaysia namun pihak kerajaan dan majlis agama Islam berhujah bahawa kalimah Allah hanya boleh digunakan secara eksklusif oleh orang Islam sahaja. SUMBER RTM
Posted on: Wed, 05 Mar 2014 06:44:43 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015