Malam ni memang takde mood. Balik gym awal. Pergi berhenti sebelah - TopicsExpress



          

Malam ni memang takde mood. Balik gym awal. Pergi berhenti sebelah stesen minyak, was talking on the phone. Kereta belakang Sue perasan mereka sembang dengan satu motor yang datang to them. Tetiba motor tadi, seorang pakcik tarikh motor muka letih, datang kat Sue pulak cakap "Dik tolong bagi pakcik 3 ringgit, isi minyak." Sue terus angguk cakap dari dalam kereta tunjuk pergi dekat kawasan terang pam minyak. Yela Sue risau juga dibuatnya conman aku hulur kat tingkap kang, sekali dia hunus pisau beghak nanang pulop nati (nampak dah mula berlatih bahasa Ganu di situ?). So pakcik tu pun cakap terima kasih, Sue keluar kereta, hulur dia RM 10. Pakcik tu tak banyak cakap terus ambil & cakap minta halal, terima kasih. Dia muka sedih cakap pemandu kereta tadi marahkan dia. Dua kali dia ulang. Oh well aku pun tak sempurna so malas comment, hak orang tu nak bagi atau tak. Bukan semua orang kita boleh simpati & percaya nak-nak kat KL ni. Sue cakap "Takpe pakcik isi minyak, lebih tu buat minum." Pakcik tu angguk & terus isi minyak. Lepas tu Sue just terkenang, kalau tu Ayah aku, tak sanggup. Sue ni pun bukan jenis main sedekah kat semua orang, sebab kat KL ni lagi banyak penipu & kaya kerana cerita sedih dari cari duit halal, tapi Ustaz Palestin Tilawah Sue kat UIA dulu pesan, kalau time was-was jangan sedekah. Kalau time rasa lapang dada, anggap orang tu memang Allah nak datang minta pertolongan dari kita, jadi sedekah. Kalau Ayah pun takkan banyak soal untuk tolong orang. Kalau orang tu nak kenchh, takpela tu antara dia dengan Allah. Just Sue rasa sayu, sebab kita selalu rasa ada 1001 masalah, tapi banyak lagi orang yang lebih bermasalah dari kita. Syukur padaMu ya Allah atas segala nikmat juga dugaan, dan semoga rezeki pakcik tadi dimurahkan, amin.
Posted on: Fri, 04 Oct 2013 16:03:21 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015