Malaysia Langsung Tidak Pernah Merdeka. Malaysia hanya dibentuk - TopicsExpress



          

Malaysia Langsung Tidak Pernah Merdeka. Malaysia hanya dibentuk pada tahun hari Malaysia 16.9.1963 oleh 4 buah negara dalam satu persetujuan dibawah "Perjanjian Malaysia 1963". 4 Negara tersebut adalah: 1. Persekutuan Malaya Merdeka 31.8.1957 2. Negara Sarawak Merdeka 22.7.1963 3. Negara Sabah (North Borneo) Merdeka 31.8.1963 4. Negara Singapura Merdeka 31.8.1963 Berpisah dengan Malaysia 7.8.1965 Jadi tiada istilah Sabah atau Sarawak masuk Malaysia dan merdeka adalah 31.8.1957 seperti yang dilaung-laungkan pemimpin Malaya serta pak pak turut penjual maruah dan keldai tunggangan iaitu pemimpin tempatan kita. Kita rakyat Malaysia (Sabah Sarawak Malaya) dibohong oleh pemimpin kita tentang sejarah Malaysia sebenar. Sabah Sarawak bukan negeri ke 13 dan 14 Malaya...Sabah Sarawak adalah sebuah negara. Dalam konteks Malaysia sekarang memang benar, kita rakyat sabah dan sarawak DIJAJAH, segala hak kita dikaut untuk keuntungan Malaya serta pemimpin tempatan kita yang danggup menjual maruah dan keldai demi menjaga pangkat dan duit poket dalan seluar. Rakyat Sabah Sarawak harus sedar keadaan ini lantas harus bangkit bersuara dan memberi kefahaman kepada seluruh rakyat Sabah dan Sarawak lain demi mencapai kefahaman total dan akhirnya tindakan boleh dibuat untuk menuntuk hak kita yang sedak terhakis oleh regim Malaya. Salam Jumaat..
Posted on: Fri, 28 Jun 2013 04:02:57 +0000

Recently Viewed Topics




© 2015