Man Utd Tamatkan Hasrat Dapatkan Fabregas BARCELONA – Pengarah - TopicsExpress



          

Man Utd Tamatkan Hasrat Dapatkan Fabregas BARCELONA – Pengarah Sukan Barcelona, Andoni Zubizarreta mendakwa Manchester United sudah mengangkat bendera putih bagi mendapatkan khidmat Cesc Fabregas, demikian lapor media Sepanyol hari ini. United, yang belum lagi membuat pembelian besar pemain sejak di bawah pengurus baru David Moyes yang menggantikan Alex Ferguson, sudah dua kali membuat tawaran kepada pemain antarabangsa Sepanyol itu namun ditolak Barcelona. “Manchester United berminat terhadap pemain itu, tetapi mereka juga faham akan dasar kami tidak mahu menjualnya,” kata Zubizarreta yang dipetik akhbar harian Sport. “Mereka sudah hampa untuk mendapatkannya,” kata Zubizarreta yang juga bekas penjaga gol Sepanyol. – AFP
Posted on: Mon, 05 Aug 2013 06:51:46 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015