Mayat warga Indonesia ditemui dengan tangan terikat The - TopicsExpress



          

Mayat warga Indonesia ditemui dengan tangan terikat The Malaysian InsiderThe Malaysian Insider – 1 hour 13 minutes ago Mayat seorang lelaki dipercayai warga Indonesia ditemui dalam keadaan tertiarap dengan kesan kelar di leher dan tangan diikat di tepi jalan kawasan Enggang Timur 1, Taman Seri Keramat di Kuala Lumpur, malam tadi. Ketua Polis Daerah Ampang, ACP Khairuldin Saat, berkata lelaki berusia lingkungan awal 20-an itu ditemui seorang pekerja wanita tempat pemprosesan kambing di kawasan berhampiran kira-kira jam 10.30 malam ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya. Kita percaya mangsa dibawa ke sini dan dibunuh kerana tiada kesan mangsa dikejar dan mangsa tidak memakai kasut, katanya ketika ditemui di lokasi kejadian. Khairuldin berkata, mangsa tanpa dokumen pengenalan diri itu dipercayai dibunuh kira-kira sejam sebelum ditemui. Senjata yang digunakan tidak ditemui di lokasi kejadian dan mangsa juga tidak dikenali oleh penduduk di kawasan berkenaan, katanya. Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh. – Bernama, 18 Januari, 2014.
Posted on: Sat, 18 Jan 2014 05:14:32 +0000

Trending Topics



ight:30px;"> HUSBANDS FOR SALE ! A store that sells husbands has just

Recently Viewed Topics




© 2015