#MediaGM Saya sayang Universiti Kebangsaan Malaysia. Salam - TopicsExpress



          

#MediaGM Saya sayang Universiti Kebangsaan Malaysia. Salam Mahasiswa.. Saya terpanggil untuk memberikan respon balas berkenaan artikel terbaru En Anuar Ahmad, “ hati-hati dengan kumpulan haram GMUKM “. Pada asalnya saya tidak mahu campur tangan soal perselisihan beliau dengan speaker PMUKM, saudara Arief Othman. Namun, apabila isu ini semakin tegang dan memberi sedikit tamparan buat GMUKM, maka saya perlu memberikan beberapa penjelasan. Saya kenali En Anuar Ahmad ini secara lebih dekat semasa majlis penyerahan dana UKM4Palestin di Masjid UKM , semester yang lalu. Cara beliau memuji kejayaan ISIUKM dan PMUKM, kelihatan jelas keadilan dan penghormatan beliau kepada pelajar, Program ini adalah event terbaik ISIUKM dan PMUKM bilamana berjaya mengumpulkan sejumlah RM 40 ribu untuk sumbangan, disamping menyatupadukan badan-badan pelajar di UKM termasuklah Sahabat AQSA, Perkim, PMF di fakulti , MEP kolej, aspirasi, dan beberapa lagi. Saya jua sempat menerima beberapa nasihat dari beliau. Secara kesimpulannya, saya sangat menghormati beliau selaku pengetua kolej dan saya mengakui banyak sumbangan beliau kepada idea-idea baru pembinaan pelajar termasuklah penjenamaan semula Majlis Exsekutif Pelajar. Cuma serangan beliau terhadap Gabungan Mahasiswa sedikit tidak adil. Hal ini kerana beliau sudah tahu GMUKM ditindas sejak bermula ditubuhkan lagi . Pengharaman GMUKM ini disebabkan ianya tidak boleh didaftarkan di bawah JPPEL, dan ianya padahal dibolehkan didaftarkan. Akan tetapi bilamana ianya dituduh Pro Pembangkang , UMNO di sebalik tabir JPPEL menafikan mereka sedangkan aspirasi anak didik UMNO diberikan hak untuk berdaftar di JPPEL. Namun , satu perkara lagi adalah kondisi peraturan pilihanraya kampus . Peraturan PRK adalah mana-mana pelajar yang ingin bertanding tidak boleh mewakili mana-mana persatuan berdaftar di UKM . Aspirasi itu berdaftar, dan minggu ini mereka dibolehkan mempromosi persatuan mereka. Pelik bukan, mereka jua dibolehkan bertanding di PRK . GMUKM pula diharamkan, padahal logiknya GMUKM adalah tidak salah berdasarkan bertanding tidak mewakili badan berdaftar di UKM . Namun, inilah tamparan hebat buat GMUKM untuk bertanding di PRK kampus. Saya menyeru keadilan di peringkat semua pihak, andai mereka adil dan telus. Maka tidak akan muncul pergaduhan. Bilamana pihak atasan tidak telus termasukanlah mengharamkan risalah kempen GMUKM dan menghalalkan risalah kempen aspirasi. Maka GMUKM terpaksa melakukan perkara yang mereka jua tidak ingin melakukan . Namun , lawan GMUKM bukan sekadar aspirasi, wisma aman, En Anuar Ahmad . Malah lebih menyedihkan mereka jua terpaksa berlawan dengan HEP yang dikawal oleh UMNO sepertimana terdedahnya konspirasi OPS 20/20 PRK yang lalu . Pengharaman GMUKM ini suatu persoalan yang mesti dijawab pihak pentadbiran, andai memerlukan GMUKM didaftarkan. Maka saya sedia mendaftar GMUKM di bawah JPPEL . Cuma persoalan asas adalah, Peraturan PRK mesti diubah suai bagi membolehkan mahasiswa berpolitik dengan cara lebih matang dan intelektual . Saya kira sudah tiba masanya pentadbiran bersikap telus dalam pengurusan pelajar. Banyak lagi perkara yang patut kita fikirkan dan bincangkan, semasa saya ziarahi Imperial Colledge London di UNITED KINGDOM, saya sempat berdiskusi dengan “Student Union” mereka. Badan Student Union/PMUKM mereka sangat jauh terkehadapan. Mereka sudah tidak bergaduh soal politik kampus kerana keadilan pentadbiran mereka malah mereka antara badan yang membantu menguruskan pelajar. Pengurusan “ Student Union” mereka termasukalah menguruskan pusat sukan, Penginapan pelajar, Pusat hiburan, Pejabat-pejabat urusan untuk pelajar, malah boleh dikatakan seluruh urusan pelajar diuruskan oleh pelajar sendiri bahkan mereka memperolehi kewangan sendiri untuk melicinkan lagi pengurusan pelajar. Di UKM sebenarnya banyak perkara yang wajib kita perbahas dan bincangkan, Persoalan Pelan Transformasi UKM , Sistem learning contract untuk pembinaan softskill pelajar, kebolehpasaran pelajar UKM apabila bergraduasi, pendidikan politik untuk mahasiswa dan banyak lagi ruang lingkup kebaikan universiti sebenarnya patut diambil peranan semua pelajar. Akhir kalam, banyak lagi perkara penting yang kita abaikan, saya sedia memberi komitmen untuk apa-apa perkara demi kebaikan Universiti. Saya seru kepada kedua –dua pihak baik diperingkat En Anuar Ahmad, mahupun Speaker PMUKM, usah kita bergaduh soal peraturan pengharaman badan politik pelajar. Ianya boleh diselesaikan andai pentadbiran adil dan telus dalam pengurusan. Daftarkan sahaja GMUKM seperti mana Aspirasi didaftarkan, ubahsuai peraturan PRK dan kita melangkah bersama memajukan Universiti yang kita cintai ini . Tulus ikhlas. Abdullah Sani Bin Hashim PENGERUSI GMUKM, SESI 2013/14 #GMUKM #MovingForward
Posted on: Thu, 03 Oct 2013 02:44:46 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015