Memperingati Eid al-Adha, Ibrahim as dan anaknya Ismail tidak - TopicsExpress



          

Memperingati Eid al-Adha, Ibrahim as dan anaknya Ismail tidak pernah dilupa (Lihat as-Shofaat: 102). Ia bukan sekadar kisah perngorbanan sebagaimana biasa diulang-ulang, ia adalah kisah kepentingan Syura dalam kehidupan, ia tentang kemuliaan insan dan akal pikirannya. Ibrahim as sekalipun diperintahkan untuk menyembelih Ismail as, baginda bertanya dahulu kepada anaknya Ismail as, walhal ia sebuah perintah daripada Tuhan. At-Torthushi dalam Siraj al-Muluk (halaman 132) turut mengulas hal tersebut bahawa keazaman kita kita untuk melakukan sesuatu dan pengetahuan kita akan kebenarannya sesuatu perkara tidak sepatutnya menghalang kita daripada melakukan perbincangan sebelum bertindak. Lalu ar-Tortushi menyebut kisah Ibrahim as yang penuh beradab bertanya pandangan anaknya Ismail as yang masih kecil tentang perintah yang diterimanya, sekalipun perintah tersebut bisa terus dilaksana walau tanpa bertanya pandangan. Al-Qadhi Badruddin bin Jamaah dalam Tahrir al-Ahkam fi Tadbir Ahl al-Islam (halaman 169) mempunyai kalam yang indah akan hal ini; Mesyuarat sentiasa menjadi adat para Nabi, hingga sesungguhnya Ibrahim as diperintahkan secara pasti supaya menyembelih anaknya, dalam keadaan itu pun, Ibrahim tidak meninggalkan mesyuarat dengan anak kecilnya. Demikian, ia bukan sekadar soal pengorbanan, ia persoalan etika yang sungguh indah, menghormati pandangan dan tidak bersifat diktator walaupun ke atas kanak-kanak kecil. Ia soal syura yang menjadi prinsip penting dalam Islam, soal hak untuk bersuara, soal menghormati manusia lain yang ada hak untuk berpikir. Kalau antara bapa dan anak sudah diadakan perbincangan, apatah lagi antara pemerintah/pemimpin dan warganegara/masharakat sivil/ahli. Shaykh Dr ar-Raysouni semasa mengulas hal tersebut dalam bukunya as-Shura fi Marikah al-Bina, menyatakan bahawa jika dalam hal yang besar dan jelas (perintahnya) pun bisa dilaksanakan syura, apatah lagi dalam hal yang masih kabur dan halus. Sama-sama kita hayati peringatan agung ini, peringatan syura. Tentang menghormati perbedaan, menggalakkan perbincangan, tidak memperendah akal sesiapa. Atau menurut realiti hari ini, ia tentang nilai-nilai asas demokrasi. Salam Eid, Kullu am wa entum bi khayr! -MBH, Irbid.
Posted on: Mon, 14 Oct 2013 23:49:48 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015