Mencari yang halal itu fardhu bagi umat islam. Tetapi memberi - TopicsExpress



          

Mencari yang halal itu fardhu bagi umat islam. Tetapi memberi maklumat yang sahih juga adalah kewajipan umat islam. Dalam isu logo halal, masih ramai yang terkeliru dengan mengatakan hanya logo halal JAKIM sahaja yang diiktiraf sebagai halal. Selain logo halal JAKIM, pihak JAKIM juga mengiktiraf badan2 pensijilan halal dari luar negara. Para pengusaha kilang di Malaysia yang mengimport bahan2 mentah dari luar perlu pastikan bahan2 tersebut mempunyai sijil halal yang diiktiraf oleh JAKIM, kerana logo halal JAKIM hanya terdapat di Malaysia. (kecuali kes2 tertentu) Andai anda mahu mencari yang halal, sekurang2nya boleh bergantung dengan logo2 halal tersebut; tetapi jika mahu berhati2 tiada masalah; cuma jangan mengatakan logo yang lain tidak sah kerana badan pensijilan halal di Pakistan contohnya sangat tegas dalam pemberian sijil halal berbanding JAKIM. Malah ada negara lain yang hanya memberikan sijil halal kepada pengusaha muslim, tetapi tidak di Malaysia. Berikut adalah senarai terkini logo2 halal luar negara yang diiktiraf oleh pihak JAKIM. Berhati2 dalam menyebarkan sebarang maklumat, lebih2 lagi daripada sumber2 yang memusuhi pihak lain. halal.gov.my/v3/index.php/ms/senarai-badan-islam-yang-diiktiraf
Posted on: Thu, 18 Jul 2013 01:41:54 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015