Mengantuk dah dengar... ku cinta padamu, bermodal kata manis - TopicsExpress



          

Mengantuk dah dengar... ku cinta padamu, bermodal kata manis mulut... Oh abang itu cukup! Jikalau kau mahu ku diserang angau... harus kibarkanlah sedikit, kipas berdaun wang ringgit... Usah susah payah panjang lebar celoteh kerana diri ini dah letih mendengar janji setinggi langit, sedangkan pada mulanya saja beriya, nanti dah jemu aku dibiar bingung, kecewa... Bukan terlalu memilih dalam mencari kekasih cuma adat lelaki mereka pergi mencari lain.... Sekurang-kurangnya nanti, punya hasil baru ku puas hati... Kau perlu buktikan dulu, baru cintaku... gerenti beres Setampan Salman Khan pun aku tak hairan. Kau tak akan punya peluang Jika akaun bank kering kontang Andainya ada hati nak temu janji, pastikan hotel bintang lima, bukan warung kaki lima... Ramai, dah gagal berbuah tangankan mawar. Itupun setahun sekali, hanya pada hari kekasih Mataku hanya akan silau kilauan permata... selepas itu barulah diriku engkau empunya.... Ketika ditemuduga seluruh kerabat keluarga Katakan kau seorang doktor, majistret atau lawyer... Ahli muzik tak main, satu sen pun tak laku Jika diriku yang kau mahu Pastikan rombongan dipenuhi hantaran Dengan sebiji Ferrari merah, barulah kau nampak gah Muka selipar jepun pun boleh jadi lawa Kau buat ku jatuh cinta...
Posted on: Mon, 27 Jan 2014 07:52:40 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015