Menghayati Perjuangan Bangsa Hakikat Sejarah : Orang Suluk perlu - TopicsExpress



          

Menghayati Perjuangan Bangsa Hakikat Sejarah : Orang Suluk perlu memahami sejarahnya sendiri. Tanpa memahami sejarahnya, mereka tidak mungkin dapat membina jati diri yang teguh dan tidak berupaya pula mempertahankan pelbagai kepentingannya demi menjamin masa depan anak cucu Suluk akan datang. Orang Suluk perlu memahami sejarah yang dilalui oleh bangsanya sendiri. Jika tidak, orang lain akan memesongkan sejarah Tanah Suluk bagi mengelirukan orang Suluk sendiri. Kita perlu memahami sejarah bangsa kerana nasib dan jati diri sesuatu bangsa sesungguhnya dapat diteliti menerusi pengalaman sejarahnya. Bangsa yang tidak mengenal sejarahnya akan bernasib malang kerana bangsa itu berkemungkinan akan mengulangi kesilapan dan tragedi lampau yang telah menimpa bangsanya. Jati diri sesuatu bangsa yang tidak menginsafi sejarahnya akhirnya hanya akan tersimpan di arkib dan muzium bangsa lain. Jika sekarang ini, Keturunan Suluk tidak dapat dipertahankan di Malaysia, maka sudah pastilah orang Suluk akan tersisih semula daripada tanahairnya sendiri - Orang Suluk telah berada di Alam SULU sejak dalam zaman prasejarah lagi. Tetapi terdapat pihak yang mengatakan orang Suluk di Sabah merupakan golongan pendatang , sama seperti orang Cina dan India. Pengetahuan dan penghayatan terhadap sejarah bangsa akan mengajar kita sepaya tidak mudah lupa kepada liku-liku perjuangan bangsa sendiri. Kejayaan bangsa tidak terhasil dengan sendirinya. Kejayaan terhasil kerana tekad, perpaduan dan kepintaran dalam menghadapi pelbagai cabaran dalam perjuangan Pertubuhan Masyarakat Suluk Bersekutu (USCO).
Posted on: Mon, 15 Jul 2013 17:46:59 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015