Meninta tentang Sang Murabbi Ustaz Yahya Othman....Tonggak - TopicsExpress



          

Meninta tentang Sang Murabbi Ustaz Yahya Othman....Tonggak Peribadi (berdasarkan isi-isi yang dikemukakan oleh "anak angkat" beliau pada program pelancaran Madrasah Ustaz Yahya Othman DPPNK dengan sedikit penambahan) MENEPATI MASA “Tidak akan berjaya sesebuah organisasi, jika ahlinya tidak menepati masa”, begitulah peringatan yang diberikan oleh Ustaz Yahya Othman jika anak-anak tarbiahnya cuai dalam menepati masa. “Menepati masa ” menjadi budaya dan kebiasaan beliau. Contohnya, tepat tiba dalam sesuatu program, temu janji atau aktiviti menjadi amalan beliau. Tabiat ini wujud dalam diri beliau hasil daripada keimanan dan ketinggian peribadi dan maruah diri. Beliau selalu menegaskan “ana beriman dengan surah al-Asr”. Begitu juga, Ustaz Yahya amat menitik beratkan penggunaan masa dengan optimum. Tiada istilah dalam hidupnya membazir masa, berbual kosong, membuat kerja yang tidak bermustahak dan tiada ada prioriti. Menyentuh hal prioriti, Ustaz Yahya sering mengingatkan kita semua dengan “fiqh awlawiyyat”, iaitu kriteria prioriti mestilah ditentukan berdasarkan kewajiban agama dan objektif jamaah, dan bukannya berdasarkan kemahuan dan keperluan individu. Hukuman dan dendaan dikenakan jika anak-anak tarbiah gagal menepati masa. Sudah tentu, ramai dalam kalangan anak-anak tarbiah mempunyai kenangan dan memori manis, bagaimana dimarahi dan dihukum oleh Ustaz Yahya dalam bab menjaga masa.
Posted on: Fri, 04 Oct 2013 03:16:20 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015