Menjawab isu produk double stemcell dari syarikat - TopicsExpress



          

Menjawab isu produk double stemcell dari syarikat phytoscience Tuan/puan, Terima kasih kerana merujuk perkara ini kepada pihak kami. Melalui semakan status halal di direktori halal Malaysia, produk tersebut tidak mempunyai sijil pengesahan halal Malaysia. Carian atas nama syarikat juga mendapati bahawa syarikat tersebut tidak berdaftar dengan sistem/direktori halal sehingga kini. Tuan/ puan juga boleh membuat carian di direktori halal Malaysia di halal.gov.my dengan memasukkan nama produk/ nama pengedar/ pengeluar dan hasil carian akan terpapar sekiranya produk tersebut mempunyai sijil pengesahan halal Malaysia. Dalam hal ini, syarikat tersebut didapati telah menggunakan logo halal secara salah dan perkara ini adalah bersalahan dengan Akta Perihal Dagangan (APD) 2011. Hal ini telah dipanjangkan kepada Cawangan Pemantauan & Penguatkuasaan JAKIM untuk siasatan lanjut. Pengguna di luar khususnya dinasihatkan untuk memilih produk halal sebagai produk gunaan seharian dalam kehidupan. Sesungguhnya memilih yang halal itu fardhu bagi orang Islam. Terima kasih kerana mempercayai halal Malaysia! (NADIA ZAMMIL MD NASIR) Assistant Director Public Relation Officer (PRO) Halal Hub Division Department Of Islamic Development Malaysia (JAKIM) PJH Tower, No.2, Precint 2, 62100 Putrajaya halal.gov.my/
Posted on: Mon, 20 Jan 2014 06:47:42 +0000

Trending Topics




© 2015