Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi mengakui bahawa - TopicsExpress



          

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi mengakui bahawa beberapa undang-undang yang telah dimansuhkan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat (EO) adalah drakonian, tetapi berkata Malaysia belum bersedia tanpanya. Dengan membuat perbandingan dengan Jabatan Polis New York, beliau mendakwa ia mempunyai nisbah seorang anggota polis bagi setiap 35 penduduk dan kamera CCTV definisi tinggi di setiap sudut. Di Malaysia, katanya, nisbahnya ialah seorang anggota bagi setiap 750 penduduk, dan mempunyai kurang CCTV yang juga "paling murah tetapi akhirnya ia tidak boleh digunakan." "Terdapat jurang. Kita mahu perubahan, tetapi kita belum benar-benar bersedia. Inilah apa yang berlaku di negara ini... Pihak polis tidak bertaring tanpa undang-undang yang dipanggil drakonian ini," katanya. Zahid berkata demikian kepada kira-kira 200 peserta Forum Pencegahan Jenayah di Bandar Sunway, yang dianjurkan oleh Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, dan Institut Strategi dan Kepimpinan Asian dan Pusat bagi Kajian Dasar Awam.
Posted on: Sun, 25 Aug 2013 02:52:49 +0000

Recently Viewed Topics




© 2015