Menteri Kesihatan mahu tumpuan terhadap penjagaan luka - TopicsExpress



          

Menteri Kesihatan mahu tumpuan terhadap penjagaan luka ditingkatkan 18/10/2013 KUALA LUMPUR - Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. S. Subramaniam hari ini menggesa agar lebih banyak tumpuan diberi terhadap pengetahuan, teori dan latihan berkaitan pengurusan penjagaan luka bagi mencegah atau meminimumkan komplikasi akibat luka yang tidak rawat hingga sembuh. Katanya, berikutan jumlah pesakit kencing manis yang begitu ramai di Malaysia, penjagaan luka menjadi semakin penting, terutama bagi mencegah pemotongan kaki akibat komplikasi penyakit itu. Diabetes Mellitus di Malaysia mencapai jumlah luar biasa apabila 20 peratus daripada jumlah penduduknya mengalami penyakit yang boleh melemahkan tubuh ini. Kajian menunjukkan 25 peratus daripada pesakit kencing manis akan menderita komplikasi kaki akibat kencing manis. Ini bererti, kita akan berdepan dengan 1.4 juta pesakit yang mengalami luka,” katanya dalam ucapan perasmian Persidangan Luka Antarabangsa 2013 di sini. Teks ucapan beliau dibaca Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr. Lokman Hakim Sulaiman. Persidangan dua hari bertemakan ’Global Wound Care Made Local’dianjurkan Malaysian Society of Wound Care Professionals (MSWCP). Kosmo!
Posted on: Fri, 18 Oct 2013 13:00:41 +0000

Trending Topics



:0px; min-height:30px;"> Tyrell House, H.A. Blaize Street, St. George’s,

Recently Viewed Topics




© 2015