Mentor bisnes berbangsa Cina menulis, Dalam dunia perniagaan, - TopicsExpress



          

Mentor bisnes berbangsa Cina menulis, Dalam dunia perniagaan, ada dua kategori usahawan: 1) Busy-ness. 2) Business. ………………………… Kategori #1 - Busy-ness ………………………… Sibuknya banyak, kantung duitnya sedikit. Ramai usahawan yang buat bisnes secara tegar. Mereka habiskan masa berpuluh-puluh jam untuk membangunkan bisnes-bisnesnya. Golongan usahawan kategori pertama ini memang sentiasa nampak macam sibuk. Duit mereka tidak berkepuk. Sibuk berbisnes tidak semestinya duit bisnesnya itu banyak. Biasanya mereka sekadar Busy-ness. Iaitu sibuk memanjang, tetapi duit poket bisnes tetap tidak bertambah-tambah. ………………………… Kategori #2 - Business ………………………… Buat bisnes, sibuk buat banyak duit, beli banyak masa. Golongan kedua ini adalah entrepreneur atau usahawan. Mereka buat bisnes yang menghasilkan kantung duit yang banyak. Mereka juga sibuk, tetapi mereka banyak duit. Kemudian duit ini mereka beli masa. Yakni menjaga akaun dengan baik. Melakukan pelaburan kembali (re-invest) ke dalam bisnes mereka. Kemudian memperoleh lebih banyak duit. Golongan kedua ini juga mempunyai kemahiran yang mahal dalam dunia bisnes. Iaitu kemahiran menangguhkan nafsu. Buat banyak duit, kurangkan kos beban diri (tidak beli rumah besar, kereta mewah dan sebagainya). Kredit to Tuan Aqif Azizan
Posted on: Sun, 03 Nov 2013 10:01:52 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015