Mesir: Polis guna senjata api, gas pemedih mata KAHERAH 8 Julai - - TopicsExpress



          

Mesir: Polis guna senjata api, gas pemedih mata KAHERAH 8 Julai - Tentera dan polis Mesir awal hari ini menggunakan senjata api dan gas pemedih mata untuk menyuraikan tunjuk perasaan yang menyokong Presiden yang digulingkan, Mohammed Mursi di luar ibu pejabat Pengawal Republikan di sini. Seorang saksi berkata, dia melihat orang ramai ditembak oleh askar dan polis. Seorang lagi saksi berkata, pasukan keselamatan melepaskan tembakan ke udara dan beberapa gas pemedih mata untuk memaksa penunjuk perasaan bersurai. - AFP Alhamdulillah di Malaysia perhimpunan haram tidak diselesai secara sebegini. Ini pun ada kenyataan yang mengecam Polis dan tuduhan provokasi. Bersyukur di Malaysia kerajaan sedia ada bersedia berubah dari diubah . Masyarakat juga perlu berubah minda dan bersedia berubah bersama khususnya dari mudah terpedaya dengan maklumat yang tiada kepastian kebenaran, taksub melampau pada individu tertentu dan tiada kompromi persefahaman. Kita berikan masa untuk semua pihak untuk berubah sebelum kita undi ubah mereka yang gagal untuk berubah sikap dan kotakan janji PRU 13.
Posted on: Mon, 08 Jul 2013 07:38:44 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015