Morning Sickness di kalangan ibu hamil Mabuk hamil adalah satu - TopicsExpress



          

Morning Sickness di kalangan ibu hamil Mabuk hamil adalah satu fenomena yang sangat biasa berlaku sekitar 70-80% kehamilan. Secara umumnya, ia adalah ringan dan tidak melarat. Majoriti wanita tidak memerlukan bantuan perubatan dan boleh dirawat dirumah. Q : Apa yang menyebabkan mabuk semasa kehamilan? A : Punca sebenar wanita mabuk semasa hamil atau mengapa sesetengah wanita mempunyai gejala yang teruk masih tidak diketahui. Banyak kajian yang mengaitkannya dengan perubahan hormon yang berlaku diawal kehamilan. Adalah diperhatikan bahawa wanita yang muntah-muntah pada awal kehamilan didapati mempunyai paras estrogen yang lebih tinggi. Wanita yang hamil kembar dua atau tiga biasanya mengalami mabuk yang lebih teruk, begitu juga dengan wanita yang mengalami ‘kehamilan anggur (molar pregnancy)’ iaitu sejenis kehamilan yang tidak normal. Adalah dianjurkan wanita yang mengalami ‘hyperemesis gravidarum’ gelaran yang diberi kepada wanita yang mengalami mabuk hamil yang sangat teruk, menjalani pemeriksaan ultrasound untuk memastikan tiada kehamilan kembar ataupun kehamilan anggur. Punca lain yang boleh menyebabkan mabuk hamil yang teruk adalah jangkitan saluran kencing, radang usus dan keracunan makanan. Q : Berapa lamakah ia akan berpanjangan? Rasa loya dan muntah lazimnya bermula sekitar 6 minggu kehamilan. Kebiasaanya ia berlaku pada waktu pagi, tetapi ianya boleh juga berlaku pada bila-bila masa siang atau malam. Lebih kurang 80% wanita akan berhenti mengalami gejala ini sekitar 12 minggu kehamilan, selebihnya beransur pulih sekitar 16 minggu kehamilan. Walau bagaimanapun ada juga segelintir wanita yang akan mengalami masalah ini sepanjang kehamilannya. Q : Kesan mabuk hamil keatas kandungan A : Wanita yang mengalami loya dan muntah-muntah yang ringan diawal kehamilan tidak perlu risau kerana ianya tidak mendatangkan sebarang kesan buruk kepada diri mereka atau bayi dalam kandungan. Walau bagaimanapun, jika muntah menjadi lebih teruk dan wanita tersebut tidak mengambil makanan atau minuman seperti biasa, seseorang itu perlu mendapatkan rawatan di hospital. Wanita yang mengalami mabuk hamil yang teruk boleh menjadi dehidrasi dan memerlukan rawatan cecair melalui saluran vena di hospital. Jika rawatan tidak diberi, ianya boleh mengakibatkan ketosis atau ‘metabolic acidosis’ dan ini mungkin boleh membahayakan bayi dalam kandungan atau ibu sendiri.
Posted on: Sun, 01 Sep 2013 05:42:04 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015