Mungkin anda tidak percaya kalau dikatakan untuk jadi ketua - TopicsExpress



          

Mungkin anda tidak percaya kalau dikatakan untuk jadi ketua cawangan Umno, anda memerlukan wang sekian banyak sekian banyak. Anda perlu merasuah ahli-ahli yang juga terdiri dari rakan-rakan anda sendiri yang setiap hari menghabiskan masa di kedai-kedai kopi. Atau anda kena memberi wang untuk mereka hadir ke mesyuarat, jika tidak anda akan kerugian undi. Memberi wang untuk jawatan sudah lumrah di dalam Umno. Pendidikan rasuah yang diajarkan di peringkat tertinggi berjaya diterap ke peringkat akar umbi. Akibat berlaku dan galaknya rausah maka mereka yang terang-terang tidak layak baik dari segi akademik maupun politik tetapi boleh bertanding sehingga ke jawatan MT, sebab kerana mereka memiliki wang. Mereka mempunyai modal mencukupi untuk dihulurkan kepada agen-agen perwakilan atau broker kempen. Seorang calon MT dia tidak dikenali bukan saja di negeri luar negerinya sendiri tidak rata, tetapi kerana kuasa wang dia berani untuk ikut dama bertanding. Inilah menunjukkan wang mengatasi segala keistimewaan yang dimiliki calon lain.
Posted on: Sun, 06 Oct 2013 21:35:21 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015