Muzik adalah warna-warna yang bergabungan, bergumpalan antara nada - TopicsExpress



          

Muzik adalah warna-warna yang bergabungan, bergumpalan antara nada dan intonasi, rentak dan ritma yang menerbit bicara. Bicaranya adalah muzik yang bergema dan bergetar memasuki telinga dan singgah di pentas jiwa. Ada keheningan mengalir dari pancar warna itu. Sebagai manusia kita mudah terarah dengan irama dan lantunan muzik. Sebenarnya dalam diri kita bergumpal dengan muzik yang tak didengar : degup jantung, alir darah, hembus nafas, kocak rasa, gerak fikir, dan hayun langkah. Ia bergerak dan berkelana dalam tubuh kita saban ketika. Ia adalah muzik yang tak kedengaran di pendengaran tetapi ada. Kerana itu apabil kita ditemukan dengan muzik dan irama yang mengalir ke dalam jiwa, kita mudah pesona, mudah luluh, mudah tertikam oleh baur emosi. namun,,muzik dan irama yang paling menusuk jiwa setiap insan adlah alunan alquran.kerana gitarnya setiap hati terasa syahdu,kerana pianonya ada insan yg kembali mengigati allah.dan kerana gitar,piano dan seluruh iramanya org kafir melafaskan syahadah laa ilahhailallah muhammadu rasullullah :)
Posted on: Mon, 24 Jun 2013 04:24:15 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015