Nah coba kau baca ! -noramin SUMBER: MALAYSIAKINI. Gapena - TopicsExpress



          

Nah coba kau baca ! -noramin SUMBER: MALAYSIAKINI. Gapena tolak saranan mansuh bahasa istana Farah Noor Samat 10:32AM Nov 16 2013 Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) menolak saranan Senator Dr Syed Husin Ali untuk memansuhkan bahasa istana yang dianggap merendahkan martabat manusia dan menggambarkan mentaliti hamba. Ketua Satu Gapena Prof Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar menganggap kenyataan senator itu, seperti dimuatkan dalam buku terbarunya, The Malay Rulers: Regression or Reform, memperkecil peranan dan keistimewaan institusi beraja. “Yang Dr Syed Husin (kanan) tak setuju itu kerana dia salah (faham) dari segi merendah-rendahkan (martabat rakyat) dan sebagainya. “Jadi saya lihat, umumnya kalau kita memperkatakan bahasa istana tak boleh digunakan, saya tak setuju sama sekali. Bahkan itu warisan orang Melayu,” katanya sambil menegaskan supaya jangan memperlekehkan institusi itu. Bekas pensyarah sosiologi Universiti Malaya (UM) itu dalam The Malay Rulers: Regression or Reform antaranya membangkitkan penggunaan beberapa perkataan seperti patik yang bermaksud anjing dan menjunjung duli Tuanku yang bermaksud menjunjung tapak kaki. Dalam wawancara di Rumah Gapena di ibu negara baru-baru ini, Dr Abdul Latiff berkata, cadangan Dr Syed Husin itu berbaur tuntutan kumpulan sosialis yang didakwanya mahu menafikan institusi diraja. Dr Abdul Latiff (kiri) bagaimanapun sedia bertolak ansur sekiranya bahasa istana hanya “dikemaskini” maksud dan penggunaannya sekiranya terdapat unsur-unsur bercanggah dengan ajaran agama Islam. Namun katanya rakyat masih perlu menggunakan perkataan bersesuaian ketika berkomunikasi dengan raja. Janganlah nanti orang datang baru belajar bahasa Melayu dia cakap kau aku (dengan sultan). Ini tidak boleh terjadi, kata beliau lagi. Beliau menegaskan, untuk melakukan pengemaskinian bahasa itu, ia perlu dibuat melalui rundingan melibatkan rakyat dan Majlis Raja-Raja. Buku The Malay Rulers: Regression or Reform setebal 86 halaman itu diterbitkan oleh SIRD, Kuala Lumpur dan dilancarkan di Petaling Jaya oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Posted on: Sat, 16 Nov 2013 10:43:32 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015