Nampak? KEBENARAN Akhirnya Akan Muncul Kepada Mereka Yang Ikhlas - TopicsExpress



          

Nampak? KEBENARAN Akhirnya Akan Muncul Kepada Mereka Yang Ikhlas Mencarinya. Alhamdulillah. Baca : Isu Keahlian Parti Parti DAP dan PKR mendakwa mereka merupakan sebuah parti politik yang multiracial hanya kerana membuka keahlian parti mereka kepada pelbagai bangsa. Mereka menyembunyi realitinya tiada bezanya antara PAS dengan UMNO , MCA atau MIC dimana keahlian PAS hanya kepada mereka yang beragama Islam dimana 99% ahli mereka adalah bangsa Melayu. Sehubungan itu , DAP pula lebih daripada 90% keahlian mereka adalah ahli yang terdiri daripada bangsa Cina. Oleh itu , pada awalnya selepas pasca PR 13 DAP Teresa Kok mendesak supaya 4 daripada 4 EXCO DAP kesemuanya perlu ada wakil Cina. Sekirannya kita hendak mengambil teori undi popular Anwar maka DAP adalah sesebuah parti berasaskan kepada kaum Cina. Anwar juga perlu sedar sekirannya keputusan undi popular hakim dalam isu liwat beliau maka keputusan tersebut adalah 5 berbanding 2 apabila seorang hakim Mahkamah Tinggi memutuskan beliau bersalah , 3 orang Hakim di Mahkamah Rayuan dan seorang lagi di Makmah Persekutuan berbanding dengan 2 orang Hakim di Mahkmah Persekutuan yang memutuskan Anwar Ibrahim tidak bersalah. Namun begitu , isu yang paling penting sini adalah bukan keahlian sesebuah parti politk itu yang membuktikkan sesebuah parti itu multiracial atau tidak.Sebaliknya , indikator yang menentukan sesebuah parti politik itu multiracial adalah berlandaskan kepada perjuangan parti politik tersebut. Perjuangan Barisan Nasional walaupun UMNO untuk Melayu , MCA untuk Cina dan MIC untuk India tetapi dalam setiap Pilihanraya Kebangsaan banyak tempat yang ditandingi oleh MCA dan MIC juga meliputi kawasan majoriti Melayu. Sekirannya ikut sistem merit maka UMNO yang sepatutnya di setiap kawasan majoriti Melayu. Realitinya sistem perkongsian kuasa dan perpaduan dalam Barisan Nasional yang begitu unik sehingga perjuangan memberi ruang kepada parti bukan kaum Melayu untuk bertanding di kawasan majoriti Melayu. Berbanding pula dengan Pakatan Rakyat , kesemua kawasan majoriti Melayu ditandingi oleh PAS dan kawasan majoriti Cina pula ditandingi oleh DAP . Oleh itu , isu ini hanya membuktikkan keahlian itu tidak menandakan perjuangan multiracial Pakatan Rakyat. Keahlian mereka multiracial tetapi perjuangan mereka racist. More please click - 1sya/?p=7122
Posted on: Mon, 08 Jul 2013 10:42:46 +0000

Trending Topics



starom
MY STRESS FREE HOLIDAY PLAN Hosting a Thanksgiving meal can be
Black Friday Sale on 4-Year Desktop Plan ($600-700) CLICK HERE TO
Last week, a Florida Circuit Court issued an opinion that the
Zen Mountain: Leave It All Behind - “What day is it?”

Recently Viewed Topics




© 2015