Nampaknya berlambak-lambak status yang mempermainkan statement - TopicsExpress



          

Nampaknya berlambak-lambak status yang mempermainkan statement “ketetapan Allah” dengan bermacam2 sindiran. Contoh: 1. “Salam maghrib semua, kat miri dah nak masuk waktu isyak. Jangan malas solat, itu bukan ketetapan allah tau.” 2. “Bila kita malas belajar, dapat keputusan yang buruk, kita pun kata: "Keputusan buruk ni adalah ketetapan Allah." 3. “Pencuri MENCURI kerana itu SUDAH KETETAPAN ALLAH Peragut MERAGUT kerana itu SUDAH KETETAPAN ALLAH Pemberi suapan MERASUAH kerana itu sudah KETETAPAN ALLAH Perogol MEROGOL kerana itu SUDAH KETETAPAN ALLAH Penipu MENIPU kerana itu SUDAH KETETAPAN ALLAH” 4. “malas ah nak mkn.dh ketetapan Allah aku lapo,,,kehkeh” (Sesiapa yang saya ambil status ini dari wall mereka, moga sedar dan diberi hidayah-Nya.) Sedarkah kalian sebenarnya kaliantelah kufur terhadap hadis Nabi salallahu ‘alaihi wasallam? Hadis tentang kenaikan harga barang adalah ketetapan Allah pada zaman Nabi salallahu ‘alaihi wasallam itu sebenarnya sahih, yang menjadi permasalahan sesama agamawan sekarang adalah sama ada hadis itu sesuai dengan keadaan hari ini atau tidak, bukan perhukuman dan sapu habis untuk semua perkara yang tidak kena-mengena seperti pembunuh, penipu, perogol dan sebagainya. Berhati-hatilah dalam menjadikan agama sebagai sindiran. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (yang ertinya), وَلَئِن سَأَلْتَهُمْ لَيَقُولُنَّ إِنَّمَا كُنَّا نَخُوضُ وَنَلْعَبُ ۚ قُلْ أَبِاللَّهِ وَآيَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنتُمْ تَسْتَهْزِئُونَ لَا تَعْتَذِرُوا قَدْ كَفَرْتُم بَعْدَ إِيمَانِكُمْ ۚ إِن نَّعْفُ عَن طَائِفَةٍ مِّنكُمْ نُعَذِّبْ طَائِفَةً بِأَنَّهُمْ كَانُوا مُجْرِمِينَ “Dan jika kamu tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu), tentulah mereka akan menjawab, “Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja”. Katakanlah, “Apakah dengan Allah, ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kalian berolok-olok?” “Tidak usah kalian minta maaf, karena kalian telah kafir sesudah beriman”. (at-Taubah : 65-66) Ittaqullah… p/s: Mungkin golongan-2 penyindir ini muncul kerana seorang agamawan yang menggunakan analogy tidak kena tempat berkenaan kenaikan harga barang dengan pembunuh dan pencuri dan dikaitkan pula dengan ketetapan Allah yang bukan pada tempatnya. Allahu musta’an… - via Zuhair Mohd Zaki, via Azrinah Al-Fateh -
Posted on: Sun, 08 Sep 2013 13:19:27 +0000

© 2015