Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 - TopicsExpress



          

Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah iaitu hari Isnin 24 Jun 2013 ini. Malam Nisfu Syaaban bermula dengan masuk waktu maghrib Ahad 23 Jun 2013 (Hari Ahad malam ISNIN). Hadis yang boleh dipegang dalam masalah Nisfu Syaaban ialah: “ALLAH SWT melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci). (~Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain). Fadhilat malam Nisfu Syaaban. Dari Saiyidina Ali R.A, Nabi Muhammad SAW bersabda; "Apabila malam Nisfu Syaaban maka beribadatlah kamu pada malamnya dan puasalah pada harinya, sesungguhnya ALLAH SWT (MalaikatNYA) turun pada waktu magrib hingga kelangit dunia dan bertanya: Tidakkah ada yg mahu meminta ampun agar Aku ampunkannya, Tidakkah ada yg mahu meminta rezeki agar Aku rezekikan dia, Tidakkah ada yg terkena bala bermohon agar Aku selamatkan dia. Tidakkah..... Tidakkah........ Sehinggalah terbit fajar". (~Hadith Riwayat Ibnu Majah) Selamat menyambut Nifsu Syaaban, semoga kita semua diberkati ALLAH SWT sehingga ke akhir hayat. Amin amin ya robal alamin..
Posted on: Sun, 23 Jun 2013 11:17:28 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015