Nota : Buat Sahabat FB Saya Aji Vtec ( Isu YM TNL Muhammad Zaki - TopicsExpress



          

Nota : Buat Sahabat FB Saya Aji Vtec ( Isu YM TNL Muhammad Zaki ) Saya tertarik dengan komen dan pertanyaan saudara mengenai bagaimana kaedah dan caranya untuk mengembalikan semula hak YM Tuanku Nai Long Muhammad Zaki sebagai Yang DiPertuan Kedah dan seterusnya sebagai Yang DiPertuan Agong negara Malaysia. Sebenarnya tidak ada kaedah yang khusus, jelas dan pasti untuk mengembalikan hak baginda sebagai Yang diPertuan Kedah seterusnya sebagai Yang DiPertuan agung negara Malaysia dan benua nusantara. Biarpun ada beberapa kaedah dan strategi yang boleh di guna pakai namun yang penting dan utama di sini adalah memahami persoalan pokok yang mendasari isu tersebut. Ini kerana HAQ tersebut adalah berdasarkan kepada UNDANG-UNDANG KEDAH dan salasilah keturunan serta bukti-bukti sejarah yang mengesahkan bahawa YM TNL Muhammad Zaki adalah waris mutlak kepada tahkta pemerintahan negara Malaysia dan benua nusantara yang sebelum ini di kenali sebagai Empayar Islam Benua Siam Kedah. Ini menjadikan baginda adalah merupakan Khalifah Islam yang haq dan mutlak serta tidak boleh di pertikaikan di benua nusatantara ini. Berdasarkan kepada fakta ini maka adalah menjadi kewajipan seluruh rakyat Malaysia dan warga nusantara untuk memperakui haq dan kedaulatan tersebut dan menumpahkan seluruh ketaatan dan kesetian kepada baginda selaku Khalifah Islam benua nusantara. Sekiranya ini tidak berlaku dan tidak dilakukan sekarang maka seluruh warga nusantara akan mempunyai beban moral yang besar terhadap agama dan sejarah. Dan beban moral ini akan terus di warisi oleh generasi yang akan datang. Beban moral tersebut adalah kerana kita telah melakukan satu jenayah besar terhadap agama dan sejarah. Melakukan pengkhianatan yang besar terhadap Islam dan sejarah Khilafah Islam di benua nusantara. Dan ini menjadikan kita sama seperti penjajah-penjajah kafir laknatullah yang telah menumbangkan Khalifah dan Islam di benua nusantara yang di berkati Allah ini. Menyedari hakikat tersebut satu pembentukan gerakan yang tersusun demi menegakkan kembali sistem Khilafah Islam di Malaysia dan nusantara adalah diperlukan. Seluruh kekuatan umat perlu di gembeling untuk tujuan tersebut. Ini perlu di lakukan bagi mewujudkan kesedaran di kalangan masyarakat di samping membetulkan kembali penceritaan sejarah yang telah di putar-belitkan oleh penjajah dan tali barut mereka. Umat di benua nusantara ini perlu sedar bahawa isu mengenai haq YM TNL Muhammad Zaki bukanlah satu persoalan remeh. Bahkan ianya merupakan satu persoalan pokok yang menyentuh persoalan aqidah umat. Kepada semua sahabat-sahabat FB, teruskan membahas dan mendiskusikan persoalan ini agar ianya mampu menyedarkan masyarakat dan mendapat perhatian daripada pihak-pihak yang berkaitan. Apa jua bentuk sumbangan dan bantuan bagi merealisasikan kewajipan ini adalah sangat-sangat di alu-alukan.
Posted on: Sat, 22 Jun 2013 13:04:28 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015