Nota Renungan : Orang Islam jangan sakitkan hati orang bukan - TopicsExpress



          

Nota Renungan : Orang Islam jangan sakitkan hati orang bukan Islam dan orang bukan Islam jangan sakitkan hati orang Islam . Kenyataan PM sewaktu di Sabah. Kenyataan yang sekali pandang cukup berhemah untuk memacu masyarakat yang berbilang agama dan bangsa agar bersikap toleransi dan saling menghormati bagi mewujudkan suasana yang harmoni. Dua kali pandang kenyataan seperti ini sebenarnya membawa implikasi negatif yang besar yang bercanggah dengan artikel 3 (1) Perlembagaan Persekutuan. Kenyataan yang seolah-olah memberikan isyarat bahawa agama-agama lain adalah setaraf dengan agama Islam. Isyarat yang salah seperti inilah yang semakin hari akan membuatkan Islam hanya terperuk di dalam masjid-masjid dan surau-surau sahaja atas nama tidak ingin menyinggung perasaan penganut agama lain. Sayugia diingatkan, Perlembagaan Persekutuan telah dengan jelas memperakui bahawa agama negara ini adalah agama Islam. Ini bermakna bahawa Islam bukan sahaja menjadi agama kepada bangsa Melayu bahkan ia juga menjadi agama kepada negara ini. Ini wajar di perakui dan di hormati oleh seluruh rakyat Malaysia yang mengakui bahawa mereka adalah warga negara ini. Biarpun perlembagaan tidak menghalang rakyat negara ini untuk mengamalkan kepercayaan yang lain selain dari Islam ini tidak bermakna bahawa agama lain adalah setaraf dan mempunyai hak yang sama sebagaimana agama Islam di negara ini. Oleh yang demikian sebarang kenyataan atau perlakuan yang tidak sesuai terhadap agama Islam seharusnya diterjemahkan bukan sahaja telah menyinggung sensitiviti bangsa Melayu tetapi juga bangsa-bangsa yang lain yang mendiami negara ini. Sensitiviti rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Malangnya ini tidak berlaku. Apa yang berlaku adalah apabila timbul sebarang isu atau pun berlaku sebarang tindakan yang bersifat provokasi terhadap Islam ianya hanya menyinggung perasaan bangsa Melayu sahaja tidak kepada bangsa-bangsa yang lain. Kenapa begitu ? Apakah bangsa-bangsa yang lain bukan rakyat Malaysia ? Atau bangsa-bangsa lain tidak memperakui Islam sebagai agama negara ini sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan ? Which and which ? Jangan pandang remeh persoalan seperti ini ! Ini persoalan yang cukup penting dalam sesebuah negara. Persoalan yang cukup dasar. Dasar penubuhan sesebuah negara. Ini yang perlu di fikir dan di bahaskan secara akademik dan rasional. Tolak ketepi sentimen. Kalau tidak untuk apa mempunyai perlembagaan yang menjadi undang-undang tertinggi negara sekiranya para pemimpinnya dan juga sekelian rakyatnya tidak menghormatinya ? Masyarakat macam apa yang tidak tahu menghormati perlembagaannya ? Bolehkah masyarakat yang seperti ini di anggap sebagai masyarakat yang terpelajar dan bertamadhun ? Kepada para pemimpin dan juga rakyat negara ini berhati-hatilah dalam membuat sebarang kenyataan atau tindakan. Sudah terlalu lama perlembagaan negara ini di hina dan di injak-injak tanpa rasa bersalah. Sampai bila perkara-perkara seperti ini perlu di biarkan dan dibenarkan berlanjutan ? Kalau perlembagaan negara sendiri pun kita tidak hormat bagaimana rakyat negara lain akan menghormati perlembagaan negara kita. Renung-renungkan .....
Posted on: Wed, 23 Oct 2013 04:32:16 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015