OFF TOPIC (pendapat admin) Maafkan kami Mesir, Syria, dan - TopicsExpress



          

OFF TOPIC (pendapat admin) Maafkan kami Mesir, Syria, dan Palestin. Sebahagian daripada rakyat kami ada yang hebat dalam bidang strategi dengan mengatakan jet pejuang dan kereta kebal kami hanya untuk hiasan kenapa tidak membantu negara Islam di dalam krisis? Walhal tiadalah mereka sedar bahawa jarak yang mampu dicapai pesawat pejuang SU-30MKM kami hanyalah 3,000 km sedangkan jarak antara Malaysia dan Mesir pula lebih daripada 6,500 km. Dan kami pula tidak mampu membeli malah membina sebuah kapal pengangkut. Kereta kebal kami PT-91M Pendekar berjumlah 48 buah menentang 1,130 kereta kebal M1 Abrams milik tentera Mesir. Ketahuilah kalian bahawa kebanyakan manusia hanya mampu bercakap kosong tanpa ada hasil pun. Walau bagaimanapun kami tetap usaha berjuang untuk kalian semua, kami sertakan doa-doa sebagai penguat semangat dan bantuan derma kilat yang akan bakal kami kutip insya-Allah jika ada orang yang ingin berbuat demikian.
Posted on: Sun, 18 Aug 2013 01:01:43 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015