Opening the Door of Opportunities Setelah hampir setahun tidak - TopicsExpress



          

Opening the Door of Opportunities Setelah hampir setahun tidak berkomunikasi, akhirnya saya dapat berinteraksi dengan Y.Bhg. Datuk Dr. Muhiddin Yusin, mantan Pengarah Jabatan Pelajaran Sabah, pemimpin yang saya hormati dan kagumi. Beliau, saya anggap merupakan mentor, coach serta konsultan saya yang hebat. Saya telah menerima pesanan ringkas daripada beliau seperti berikut: Saudara/saudari yang dikasihi Satu ceramah yang akan membongkar dan membuka peluang untuk merubah kehidupan melalui revolusi internet akan diadakan seperti berikut: Tempat: Discourse English, Lintas Plaza, Tingkat 2 (barisan terakhir kedai paling hujung bersebelahan dengan Golf Driving Range) Tarikh: 19/2/2014 (Rabu) Masa: Mula 7.30 malam Sila bawa kawan-kawan untuk menambah ilmu dan maklumat kerana program ini sangat menarik dan berfaedah untuk pendidikan di samping membuka peluang untuk meningkatkan taraf hidup melalui kaedah yang amat luar biasa. Cara operasinya sangat berbeza dengan mana-mana program seumpamanya yang pernah kita dengar sebelum ini kerana dia merupakan program perniagaan diadun dengan pendidikan berasaskan teknologi maklumat / internet demi mencipta dunia sejagat yang lebih baik. Nota: * Jika mantan Pengarah Pendidikan Sabah pun promosikan program ini, tentu ia baik. Tidak rugi untuk menimba ilmu. ** Saya akan hadir mendengar perkongsian ilmu ini. Mari kita sama-sama mendengar.
Posted on: Mon, 17 Feb 2014 14:45:12 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015