Orang Islam seluruh dunia setiap hari melafazkan ayat dalam Surah - TopicsExpress



          

Orang Islam seluruh dunia setiap hari melafazkan ayat dalam Surah al-Fatihah (maksudnya): Segala puji bagi Allah tuhan segala alam. Tiada Muslim pun yang menyebut segala puji bagi Allah Tuhan kaum Muslimin sahaja. Ini kerana Muslim mengakui Allah itu tuhan untuk semua, bukan tuhan untuk kaum dan pihak tertentu sahaja. Maka isu kalimah Allah tidak pernah timbul di negara-negara Arab. Bahkan mereka mungkin sukar untuk faham dan hairan apabila kita memberitahu kita menghalang pihak Kristian memanggil Tuhan itu Allah. Di Sabah dan Sarawak juga sudah berpuluh tahun mereka menggunakannya.
Posted on: Mon, 21 Oct 2013 09:22:40 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015