PANDUAN MENGERJAKAN HAJI DAN UMRAH 09. HURAIAN RUKUN UMRAH - TopicsExpress



          

PANDUAN MENGERJAKAN HAJI DAN UMRAH 09. HURAIAN RUKUN UMRAH 1. Niat mengerjakan umrah Seseorang yang hendak mengerjakan umrah diwajibkan berniat mengerjakan umrah di miqat (sebagaimana hendak mengerjakan ibadat haji). Bagi jemaah yang baru hendak memasuki Arab Saudi, miqatnya ialah di luar sempadan Tanah Haram. Antara miqat-miqat yang terkenal ialah sama ada Yalamlam, Zulhulaifah, Al-Juhfah, Qarnul Manazil atau Zatu Irqin. Bagi jemaah umrah dari Malaysia dan Asia Tenggara biasanya akan berniat umrah pada salah satu dari dua miqat, sama ada di Qarnul Manazil (kira-kira satu jam sebelum kapalterbang mendarat di Jeddah) atau di Zulhulaifah (di Madinah). Kepada jemaah yang sudah tinggal dan berada di Makkah, antara miqat-miqat umrah yang terkenal ialah di Tanaim (5 km. dari Masjidil Haram), Ja’ronah (22 km. dari Masjidil Haram) dan Hudaibiyah (25 km. dari Masjidil Haram). Sebelum berniat ihram, adalah sunat melakukan beberapa perkara sebagaimana berikut :- a. Mengerat atau memotong kuku, b. Mencabut atau memotong bulu-bulu seperti bulu ketiak, bulu ari-ari, memotong atau mengandam rambut, misai dan janggut, c. Mandi sunat ihram (sebagaimana mandi wajib). Lafaz niatnya ialah :- نَوَيْتُ الْـغُسْلَ سُنَّةَ اْلإِحْرَامِ لِلَّهِ تَعَالَىْ “Sahaja aku mandi sunat ihram kerana Allah Taala”. d. Memakai minyak rambut dan bau-bauan, e. Memakai pakaian ihram berwarna putih, f. Solat sunat ihram dua rekaat. Lafaz niatnya ialah : أُصَلِّى سُنَّةَ اْلإِحْرَامِ رَكْـعَتَيْنِ للهِ تَعَالَىْ Sahaja aku solat sunat ihram dua rekaat kerana Allah Taala.” Kemudian berniat ihram umrah sebagaina berikut : نَوَيْتُ الْعُمْرَةَ وَأَحْرَمْتُ بِهَا للهِ تَعَـالَىْ “Sengaja aku mengerjakan umrah dan berihramku dengannya kerana Allah Taala”. Selepas berniat ihram hendaklah diingat dan dijauhi daripada melakukan pantang-larang yang dikenakan. (rujuk pantang-larang semasa ihram dalam tajuk wajib umrah) . Pastikan anda sudah sempurna berniat sebelum anda meninggalkan miqat tersebut untuk meneruskan perjalanan. (Bersambung...) wmn.
Posted on: Thu, 14 Nov 2013 02:53:43 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015