PAS Tak Lepas Dengan Fitnah! Padan Muka! Tak boleh bayar, boleh - TopicsExpress



          

PAS Tak Lepas Dengan Fitnah! Padan Muka! Tak boleh bayar, boleh muflis, PRK la pulak! Mahkamah Putuskan Saari Sungib Fitnah, Diperintah Bayar RM300,000 31/05/13 – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas, Hulu Klang, Saari Sungib diperintah membayar ganti rugi berjumlah RM300,000 kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Pemegang Amanah Lembaga Zakat Selangor (LZS) setelah kalah dalam satu kes saman fitnah di Mahkamah Tinggi, Shah Alam. MAIS dan Pemegang Amanah LZS selaku pihak plaintif mengemukakan saman itu terhadap Saari berhubung kenyataannya dalam artikel bertajuk ‘Siasat Pindah Wang LZS’ yang disiarkan akhbar Sinar Harian pada 17 Mac 2009, di mana beliau mendakwa berjuta-juta ringgit wang kutipan LZS yang tidak diagih dan sebelum ini disimpan dalam deposit tetap, dipindahkan kepada akaun Takaful Structured Invest di bawah MAA Takaful pada 11 Disember 2008. Sejurus selepas dakwaan Saari itu, MAIS tampil dengan kenyataan media menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tidak bertanggungjawab yang dilemparkan oleh beliau dan menuntutnya supaya memohon maaf, jika tidak belaiu bakal berdepan dengan tindakan undang-undang. Pengerusi MAIS, Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa, dilaporkan Utusan Malaysia semalam berkata Saari telah diputuskan bersalah olah Mahkamah Tinggi pada 14 Mei lalu. Beliau berkata, mahkamah memutuskan pihak plaintif yang diwakili peguam daripada firma guaman, Tetuan The Chambers of Kamarul Hisham & Hasnal Rezua berjaya membuktikan kewujudan elemen fitnah melalui kenyataan Saari dalam akhbar berkenaan. “Sehubungan itu, Hakim Datuk Suraya Othman telah mengarahkan Saari membayar ganti rugi am RM200,000 dan ganti rugi keterlaluan RM100,000 kepada plaintif. “Beliau juga perlu membayar kos sebanyak RM30,000 dan faedah pada kadar lapan peratus ke atas jumlah RM300,000 dari tarikh keputusan sehingga penyelesaian penuh,” katanya.
Posted on: Mon, 22 Jul 2013 13:49:51 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015