PEMBERITAHUAN: PENUTUPAN JALAN SEMASA SAMBUTAN 50 TAHUN SABAH - TopicsExpress



          

PEMBERITAHUAN: PENUTUPAN JALAN SEMASA SAMBUTAN 50 TAHUN SABAH MERDEKA DALAM MALAYSIA PADA 16 SEPTEMBER 2013. Sambutan 50 Tahun Sabah Merdeka dalam Malaysia akan diadakan pada tarikh,masa dan tempat seperti berikut: Tarikh : 16 September 2013 Masa : [email protected] petang Lokasi : Taman Prince Philip, Tanjung Aru. Antara jalan-jalan yang akan diubah arah laluan/lencong dan masa berkuatkuasa adalah seperti berikut: 1- Jalan Selangor, Tanjung Aru Masa ditutup : 1500hrs Hingga 2400hrs Tujuan : Dijadikan jalan/laluan sehala. 2- Jalan Pantai Aru, Tg Aru. Masa ditutup : 1900hrs Hingga 2400hrs Tujuan : Laluan Khas Orang Kenamaan/Jemputan Khas. 3- Jalan Moyog, Tg Aru. Masa ditutup : 1900hrs Hingga 2400hrs Tujuan : Laluan Khas Orang Kenamaan/Jemputan Khas. 4- Jalan Kedah, Tg Aru. Masa ditutup : 1500hrs Hingga 2400hrs Tujuan : Dijadikan jalan/laluan sehala. 5- Jalan Lorong Nilam, Tg Aru. Masa ditutup : 1500hrs Hingga 2400hrs Tujuan : Dijadikan jalan/laluan sehala. 6- Jalan Lorong Putian, Sekolah Tg Aru II, Tg Aru. Masa ditutup : 1500hrs Hingga selesai Tujuan : Dijadikan jalan/laluan sehala. 7- Jalan Lorong Karau, Tg Aru Masa ditutup : 1500hrs hingga selesai Tujuan : Dijadikan jalan/laluan sehala. Pihak polis juga menyediakan laluan alternatif sekiranya berlaku kesesakan lalulintas. Antara laluan yang digunakan untuk keluar dari kawasan Tanjung Aru ialah:- 1 - Jalan Mat Saleh - Jalan Tun Mustapha (jalan bersebelahan Tg. Aru Plaza) - Jalan Murai - Jalan Murni (depan sekolah Stella Maris) - Jalan Tanjung Aru - Jalan Lorong Sempelang 1 - Jalan Coastal (wisma perkeso). 2 - Jalan Mat Saleh - Bulatan Tg.Aru - Jalan Tg Aru - Jalan Lorong Sempelang 1 - Jalan Coastal (wisma perkeso) Nasihat kepada pengguna-pengguna lalulintas dan orang awam yang berkunjung ke sambutan 50 tahun Sabah Merdeka Dalam Malaysia, memandangkan terdapat hanya satu laluan sahaja iaitu Jalan Mat Saleh, Tanjung Aru yang menjadi penghubung antara orang awam/pengunjung ke lokasi sambutan (Taman Prince Philip). Oleh itu adalah dinasihatkan agar orang ramai/pengunjung mematuhi arahan pihak polis bagi melancarkan lalulintas sepanjang majlis tersebut berlangsung. Orang awam dan pengunjung juga dinasihatkan agar menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam ke lokasi sambutan bagi mengelakkan kesesakan. Selain itu dinasihatkan juga bagi orang ramai/pengusaha-pengusaha pusat-pusat pelancongan agar memastikan mereka atau pelancong tempatan dan asing bergerak ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu Terminal 2 seawal yang mungkin bagi mengelak terperangkap dalam kesesakan dan seterusnya tertinggal penerbangan.
Posted on: Fri, 13 Sep 2013 06:04:13 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015