PENERIMAAN ISLAM: Ramai yang mempersoalkan tentang ajaran yang - TopicsExpress



          

PENERIMAAN ISLAM: Ramai yang mempersoalkan tentang ajaran yang dibawa oleh nabi sebelum menerima risalah kenabian dan selepas dilantik menjadi rasul. Setiap kelompok dan kabilah memiliki berhala yang diletakkan dalam Kaabah dan di kompleks Masjidil Haram. Berhala yang khusus pula disimpan di rumah masing-masing atau dalam beg untuk dibawa ke mana-mana. Penduduk Najran ramai yang beragama Nasrani dan di kota Yathrib (nama lain kota Madinah) terdapat beberapa kabilah yang anuti agama Yahudi. Manakala agama Nabi Ibrahim dianuti oleh Bni Hasyim. Ketika Allah mengangkatnya menjadi nabi dan utusan-Nya, baginda mengatakan kepada umatnya bahawa ajaran yang dibawa adalah ajaran Nabi Ibrahim. Dengan turunnya firman Ilahi dan perintah untuk mengajak kaumnya menyambah Allah. Orang yang pertama sekali menerima ajaran baginda ialah Khadijah Binti Khuwailid dan Ali Bin Abi Talib. Ajaran yang dibawa ialah secara sembunyi dan kepada keluarga terdekat. Selama 3 tahun, proses dakwah sembuniyi-sembunyi dijalankan dan Allah s.w.t. menurunkan ayat yang berisi perintah untuk menjalankan dakwah secara terbuka. Pemimpin kafir seperti Abu Sufyan dan Abu Jahal menuduh baginda membuat pembohongan besar. Para pemimpin Quraisy merasa posisi mereka terancam, terus membenci Muhammad s.a.w. Dengan memanfaatkan kedudukan, kewangan dan kekuatan, kaum kafir sanggup menyeksa pengikut ajaran Islam. Walaupun demikian, Abu Talib tetap membela Nabi Muhammad dan ajarannya apabila didatangi oleh para pembesar Quraisy untuk menghentikan proses dakwah baginda. Para pembesar Quraisy lantas memutuskan memboikot Bani Hasyim dan pengikut Islam.
Posted on: Wed, 28 Aug 2013 15:25:45 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015