PENURUNAN DAN PENYEMPURNAAN AL-QURAN SEPATUTNYA MENJADI HARI RAYA - TopicsExpress



          

PENURUNAN DAN PENYEMPURNAAN AL-QURAN SEPATUTNYA MENJADI HARI RAYA KEPADA ORANG BERIMAN يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَتْكُمْ مَوْعِظَةٌ مِنْ رَبِّكُمْ وَشِفَاءٌ لِمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِلْمُؤْمِنِينَ (57) قُلْ بِفَضْلِ اللَّهِ وَبِرَحْمَتِهِ فَبِذَلِكَ فَلْيَفْرَحُوا هُوَ خَيْرٌ مِمَّا يَجْمَعُونَ (58) Erti: Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman. Katakanlah (wahai Muhammad: "kedatangan Al-Quran itu adalah semata-mata) dengan limpah kurnia Allah dan kasih sayangNya, maka dengan isi kandungan Al-Quran itulah hendaknya mereka bersukacita (bukan dengan yang lainnya), kerana ia lebih baik daripada apa yang mereka himpunkan dari segala benda dan perkara yang tidak kekal)" (Yunus[10:57-58]). Walau bagaimanapun! Bukan tarikh yang perlu menjadi fokus utama umat islam tetapi sejauh mana kesyukuran dan hak al-Quran yang sudah kita laksanakan...:-)
Posted on: Thu, 25 Jul 2013 15:22:52 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015