**PERGOLAKAN HANYA AKAN BERAKHIR APABILA ISLAM - TopicsExpress



          

**PERGOLAKAN HANYA AKAN BERAKHIR APABILA ISLAM DITERAPKAN** Realiti yang terjadi di Mesir. Gerakan Islam yang memenangi pilihan raya telah tidak menerapkan Islam, sebaliknya mengekalkan segala undang-undang dan elemen-elemen sekular yang sedia ada. Mereka mengambil demokrasi (yang diredai oleh Barat) sebagai sistem pemerintahan, mereka mengesahkan dan mengekalkan perlembagaan sekular dengan hanya sedikit pindaan untuk menunjukkannya Islam. Mereka berjanji untuk menjaga perjanjian antarabangsa yang melindungi entiti Yahudi. Mereka juga mengekalkan institusi ketenteraan dengan segala kuasa dan kepentingan ekonomi yang besar di bawah cengkaman tentera, walhal tentera inilah yang dahulunya membunuh ribuan rakyat yang bangkit, tanpa belas kasihan. Mereka membiarkan penjenayah ini tanpa dihukum, malah berapa ramai daripada penjahat rejim yang lalu dibiarkan begitu sahaja tanpa dibicarakan. via {mykhilafah/sautun-nahdhah/4158-sn353-mesir--pergolakan-hanya-akan-berakhir-apabila-islam-diterapkan}
Posted on: Thu, 04 Jul 2013 17:54:43 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015