PERTANDINGAN FOTOGRAFI SEMPENA HARI KEBANGSAAN KE-56 PERINGKAT - TopicsExpress



          

PERTANDINGAN FOTOGRAFI SEMPENA HARI KEBANGSAAN KE-56 PERINGKAT SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO’ HAJI MOHD TAIB, CHEMOR. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN: 1. Penyertaan ini terbuka kepada semua pelajar dan guru SMKDHMT. 2. Tema pertandingan ialah Kemerdekaan dan Patriotisme di mana gambar mengetengahkan elemen semangat kemerdekaan, perpaduan, dan mesti mengandungi Jalur Gemilang dalam gambar. 3. Penyertaan secara individu atau berkumpulan. 4. Foto “touch-up” dibenarkan secara minima seperti pengubahsuaian brightness of color, softening atau sharpening dan croping. Teknik seperti “super impose” dan “layer” tidak dibenarkan. 5. Gambar penyertaan hendaklah dihantar dalam dua cara iaitu 1 hardcopy bersaiz 8R dan dilekatkan di atas A4 dan dalam 1 salinan softcopy yang dihantar ke halaman facebook kumpulan (group) Komuniti Smkdhmt Chemor. Di bawah gambar diletakkan tajuk serta penerangan gambar (berhuruf besar). Tajuk yang diberikan hendaklah sesuai dengan gambar. 6. Dibelakang kertas A4 hendaklah dilekatkan butiran peribadi seperti Nama, kelas dan nombor kad pengenalan. 7. Pertandingan akan berlangsung sepanjang sebulan dari 24 Ogos 2013 hingga 14 September 2013. 8. Gambar pertandingan akan dinilai berdasarkan tema, komposisi, keaslian, kreativiti dan aplikasi teknik fotografi yang terbaik. 9. Setiap penyertaan yang tidak mematuhi syarat tidak akan dinilai. 10. Pihak penganjur berhak membatalkan mana-mana penyertaan jika ianya melanggar terma & syarat. 11. Keputusan hakim adalah muktamat dan segala bentuk surat menyurat tidak akan dilayan. 12. Pemenang akan dimaklumkan secara rasmi. 13. Sebarang maklumat boleh berhubung dengan En. Mohd Izuan. 14. Penyertaan hendaklah dihantar kepada En. Mohd Izuan atau Pn. Hairani.
Posted on: Thu, 22 Aug 2013 02:08:25 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015