PETIKAN UCAPAN DASAR PRESIDEN NDP DI KONGRES AGUNG TAHUNAN KE 8 - TopicsExpress



          

PETIKAN UCAPAN DASAR PRESIDEN NDP DI KONGRES AGUNG TAHUNAN KE 8 TAHUN 2013 FENOMENA ANCAMAN KESELAMATAN GLOBAL Saudara Saudari Sekelian, 13. Andaian bahawa berakhirnya Perang Dingin akan menyaksikan dunia menjadi semakin aman telah bertukar menjadi samar dengan kemunculan pelbagai konflik, isu, dan ancaman yang bersifat rentas sempadan. Diera mutakhar ini sahaja kita sedang menyaksikan ekonomi global masih berada dalam keadaan lemah akibat pemulihan yang lemah di kalangan ekonomi ekonomi maju. 14. Amerika Syarikat (AS) masih mengalami pemulihan yang rapuh dan negara-negara di Euro zone tetap berhadapan dengan krisis yang berpanjangan. Faktor-faktor lain termasuk krisis politik yang berterusan di Timur Tengah dan Afrika Utara serta pertumbuhan ekonomi menurun yang dialami oleh negara China dan India. Demikian juga, krisis yang melanda negara-negara Eropah berpotensi mengheret negara lain ke kancah krisis yang lebih serius. Malah, ada beberapa institusi kewangan besar dunia runtuh disebabkan oleh kemelut ini. 15. Berdepan dengan situasi ini, beberapa buah negara ekonomi utama terpaksa mengambil langkah drastik melaksanakan pakej penyelamatan dan bail-out menyeluruh bagi lain-lain institusi kewangannya, di samping terpaksa melaksanakan langkah-langkah penjimatan yang mendapat respon negatif orang awam. 16. Pasaran ekonomi global adalah dipengaruhi oleh perkembangan di beberapa buah negara utama seperti German dan negara-negara EU lainnya, China, AS, India dan negara-negara di rantau Asia Tenggara. Justeru, perkembangan ekonomi yang positif amat bergantung kepada kemampuan sistem politik negara berfungsi secara efektif sekaligus berupaya menyediakan penyelesaian terhadap masalah yang timbul secara berkesan. 17.Dari sudut politik, dunia hari ini diwarnai oleh pelbagai peristiwa yang boleh dilihat positif dan negatif. Tindakan pengunduran AS secara berperingkat dari bumi Afghanistan sehingga tahun 2014 adalah antara perkembangan positif yang boleh diperhatikan sebagai isyarat pengakhiran dua tonggak utama operasi "Global War on Terror". 18. Impak Arab Spring yang membadai negara-negara dunia Arab dan Afrika masih belum berakhir. Mesir, Tunisia, Libya dan Yaman masih belum pulih sepenuhnya. Perkembangan konflik di Syria pula kini menjadikan kestabilan rantau berkenaan lebih fragile apabila konflik dalaman telah bertukar menjadi konflik kepuakan (sectarian) yang kini telah merebak ke negara-negara jiran seperti di Lebanon, Iraq dan Turki. Senario semasa menunjukkan kemungkinan keadaan ini mampu mencetuskan konflik proksi yang lebih besar dengan penglibatan negara rantau dan kuasa besar seperti Iran, Israel, Russia, AS dan sekutu-sekutunya. 19.Dalam konteks ini, NDP menzahirkan rasa dukacita yang amat sangat diatas nasib rakyat Palestine yang sedang berjuang menuntut hak wilayah mereka yang dirampas oleh Israel. Isu perampasan bumi Palestine adalah antara punca utama kemelut peperangan demi peperangan dan konflik demi konflik yang melanda Timur Tengah justeru membawa tempis diperingkat global. 20.Dikesempatan ini NDP menuntut agar Israel berundur dari bumi Palestine dan mengambalikan wilayah mereka yang dirampas. Kita juga amat dukacita dan berasa kesal diatas kacau bilau yang melanda beberapa Negara umat Islam di Asia Barat dan Timur Tengah terutama sekali peperangan saudara di Syria yang sudah membunuh hampir 100 ribu nyawa. 21. Kita juga menggesa agar Kerajaan Myanmar menghentikan kekejaman yang ditimpakan keatas umat Islam di Negara tersebut dengan sertamerta. Kepada umat Islam di Pattani dan Mindanao, dan dimana saja umat islam yang terinaya dan dizalimi diseluruh dunia, kita berdoa semoga Allah mengangkat penderitaan mereka dan mengurniakan kemanagan kepada mereka dan kepada. Islam. Selanjutnya di aspirasi-ndp/arkib/JUNE013/Draf_Ucapanpresiden.htm Dan rumpunsuara.blogspot/2013/06/ucapan-dasar-presiden-kongres-agung.html
Posted on: Tue, 02 Jul 2013 15:08:41 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015