PKNS nafi putus gugur Azmin MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI SHAH - TopicsExpress



          

PKNS nafi putus gugur Azmin MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI SHAH ALAM - Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mendakwa keputusan untuk menamatkan khidmat Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebagai Ahli Lembaga Pengarah PKNS dibuat oleh Mesyuarat Exco Selangor dan bukannya keputusan daripada kepimpinan tertinggi PKNS. Melalui satu kenyataan hari ini, Setiausaha Kerja PKNS, Norita Mohd Sidek berkata, jawatan Azmin ditamatkan melalui surat bertarikh 8 Januari lalu dan dibuat selaras dengan mesyuarat Exco pada 13 November dan disahkan pada 4 Disember tahun lalu. Merujuk kepada isu jawatan Mohamed Azmin Ali sebagai Ahli Perbadanan PKNS yang dilaporkan di media, PKNS ingin mengesahkan bahawa kami telah mengutus surat bertarikh 8 Januari 2014 kepada beliau bagi memaklumkan bahawa tempoh jawatan beliau ditamatkan selaras dengan keputusan Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor pada 13 November 2013 dan disahkan oleh MMKN pada 4 Disember 2013. “PKNS juga ingin memaklumkan bahawa kuasa melantik ahli perbadanan adalah di tangan MMKN (Mesyuarat Exco) dan bukan di tangan pengurus besar selaras dengan klausa 4(1) enakmen penubuhan PKNS,” katanya. Semalam, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan dakwaan yang mengatakan pengguguran Azmin ada kaitan dengan pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijadualkan Mei ini. Abdul Khalid berkata, ini kerana keputusan tersebut pada permulaannya tidak dibuat oleh kerajaan negeri sebaliknya oleh Pengurus Besar PKNS, Othman Omar. Keputusan tidak sambung Azmin dibuat oleh Pengurus Besar PKNS. Ia bukan keputusan parti. Exco tidak buat keputusan itu, katanya. Terdahulu PKR Selangor sebelum itu menuntut penjelasan Khalid berhubung pengguguran Azmin itu atas alasan mereka tidak dimaklumkan awal dan ia bertentangan dengan keputusan kongres PKR tahun lalu yang memutuskan semua lantikan politik, termasuk pengguguran perlu mendapat sokongan parti.
Posted on: Thu, 16 Jan 2014 04:54:26 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015