PRK KAJANG. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang dari PKR, - TopicsExpress



          

PRK KAJANG. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang dari PKR, Lee Chin Cheh hari ini mengosongkan kerusinya..Ini dipercayai bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim atau Rafizi bertanding dan menjadi Menteri Besar Selangor yang baru jika menang.Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh dalam sidang media tergemparnya mengumumkan sudah menerima surat perletakan jawatan daripada Lee sebentar tadi.Ini selaras dengan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor Perkara 68 bahawa seseorang ahli dewan negeri boleh melepaskan keahliannya melalui surat di bawah tanda tangannya dan ditujukan kepada Speaker.Selaras dengan Fasal 5 Perkara 70 Undang-undang Tunjh Kerajaan Selangor sesuatu kekosongan luar jangka hendaklah diisi dalam masa 60 hari dari tarikh kekosongan itu berlaku dan saya akan memaklumkan secara bertulis kepada Suruhanjaya Pilihan Raya esok, katanya dalam sidang media hari ini.Dalam pada itu Hannah enggan mengulas mengenai desas-desus peletakan jawatan Lee ini ada kaitan dengan Anwar yang mahu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar.Lee memenangi kerusi Kajang dalam Pilihan Raya Umum ke-13 tahun lalu dengan mendapat majoriti 6,824 undi. Beliau yang memperoleh 19,571 undi menewaskan calon BN Lee Ban Seng yang mendapat 12,747 undi sementara empat calon lain hilang deposit.Terdahulu Ketua Pembangkang dijangka menjadi Menteri Besar Selangor baru menggantikan Khalid yang bersetuju untuk meletakkan jawatan, lapor The Star Online hari ini.Khalid dipercayai akan mengumumkan keputusannya Rabu ini dan perbincangan dalam PKR kini bertumpu untuk mengatur pilihanraya kecil peringkat DUN bagi membolehkan Anwar dinobat sebagai MB.
Posted on: Tue, 28 Jan 2014 00:29:13 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015