PSK T2 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang - TopicsExpress



          

PSK T2 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dahulunya dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah, Malaysia atau singkatannya BPR mula beroperasi pada 1 Oktober 1967 sebagai sebuah jabatan penuh. Akhirnya pada 1 Januari 2009, ia digubal dan di olah semula untuk menjadi SPRM. Ketua pesuruhjaya SPRM terkini adalah Datuk Seri Haji Abu Kassim bin Mohamed. [1]Bermula pada 1 Januari 2009 , SPRM beroperasi sebagai sebuah badan yang mengambil alih sepenuhnya tugas BPR. Badan itu bertindak mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2008 yang digubal bagi menggantikan Akta Pencegah Rasuah 1997 dan diketuai oleh seorang Ketua Pesuruhjaya. SPRM telah berusaha bersungguh-sungguh untuk memerangi gejala rasuah di Malaysia. Walau bagaimanapun SPRM juga sedar bahawa gejala ini tidak boleh ditangani oleh organisasi ini secara individu, ia perlu penglibatan semua pihak termasuk agensi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) secara holistik. Usaha-usaha yang dijalankan oleh SPRM bukan sahaja daripada aspek penguatkuasaan tetapi juga melibatkan aspek pencegahan. Justeru itu pada tahun 2011, SPRM telah berjaya mendapatkan kelulusan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Keutuhan Kerajaan (JKKMKPK) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri pada 30 Mac 2010, bagi melaksanakan Program Pegawai Integriti Bertauliah melalui Arahan YAB Perdana Menteri No.1. Tahun 2009, Gerakan Pemantapan Keutuhan Sistem Pengurusan Pentadbiran Kerajaan Malaysia, Siri 1 No.1 Tahun 2011 Pelaksanaan Program Pegawai Integriti Bertauliah. Arahan tersebut menghendaki supaya semua Ketua-ketua Jabatan mewujudkan Pegawai Integriti Bertauliah di jabatan dan agensi masing-masing.
Posted on: Fri, 23 Aug 2013 02:19:17 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015