Pada 8 haribulan malam 9/9/622 bersamaan hari Rabu malam Khamis - TopicsExpress



          

Pada 8 haribulan malam 9/9/622 bersamaan hari Rabu malam Khamis atau pada 9 haribulan malam 10/9/622 hari Khamis malam Jumaat. Nabi Muhammad s.a.w telah keluar dari rumahnya untuk berhijrah. Malam itu adalah malam yang penuh bersejarah dan penuh tekanan dalam diri Nabi Muhammad s.a.w kerana kafir musyrikin Mekah telah berkomplot untuk membunuhnya tetapi ALLAH SUBHANAWATAALA telah menyelamatkannya. Malam ini 9/9/2013 genaplah 1391 tahun sejak peristiwa itu. Dan sejarah sedang berulang, pada hari ini Presiden Amerika dan kuncu-kuncunya sedang berkomplot untuk menyerang Syria. Melalui Syria lah Iran membekalkan senjata kepada pejuang Hamas di Palestin. Kerjasama ini membimbangkan Israel dan Amerika. Atas sebab itulah Amerika dan Israel bersungguh-sungguh melaga-lagakan umat Islam di Syria untuk mencari alasan menyerang Syria. Ia diakui sendiri oleh Israel dalam laman web rasmi mereka seperti berikut. Bantuan Iran kepada tentera Ahlul Sunnah Hamas di Palestin. jewishpolicycenter.org/57/the-iran-hamas-alliance Israel meminta Presiden Obama menyerang Syria. israelnationalnews/News/Flash.aspx/264582 Rancangan Amerika Syarikat untuk menghancurkan kerajaan Syria yang menjadi pintu masuk bantuan dari Iran kepada Palestin untuk menghancurkan Israel. jewishpolicycenter.org/825/the-syria-iran-alliance Arab Saudi dan Qatar yang terpengaruh dengan tipu daya Israel dan Amerika sedang berusaha mengajak umat Islam menghalalkan serangan Amerika ke atas Syria. Tetapi beberapa negara Arab tidak bersetuju dengan tindakan Arab Saudi dan Qatar dalam isu Syria. Berita itu telah disiarkan dalam laman rasmi Qatar sendiri seperti di bawah. thepeninsulaqatar/qatar/251298-syria-opposition-saudi-plead-for-strikes.html Wassalam.
Posted on: Sun, 08 Sep 2013 20:14:04 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015