Pada tarikh 27 Julai, 30 tahun yang lalu, Madonna muncul dalam - TopicsExpress



          

Pada tarikh 27 Julai, 30 tahun yang lalu, Madonna muncul dalam arena muzik dengan album sulung yang judulnya diambil daripada nama beliau sendiri. 1983, 2013 – sudah 30 tahun keberadaan wanita ini dalam industri hiburan. Ramai orang salah anggap, bahawa Madonna hanya mula menulis sendiri lagu-lagu beliau sejak album Ray of Light (1998). Sebenarnya, Madonna memang seorang songwriter dari album pertama. Dari zaman aku nak ambil UPSR, naik ke sekolah menengah dan melalui derita PMR dan SPM, sambung pula ke Tingkatan Enam untuk STPM, seterusnya melangkah ke era universiti sehingga aku mula mengenali nama-nama ilmuwan besar seperti Noam Chomsky, Asmah Haji Omar, Bertrand Russell, Shaharir Mohamad Zain, Nor Hashimah Jalaluddin dan ramai lagi, lagu-lagu Madonna tiada pernah renggang daripada deria pendengaran aku. Walaupun aku memang minat ramai singer-songwriter yang kononnya serius seperti Tori Amos dan Sufjan Stevens, atau music acts yang kononnya avant-garde seperti Goldfrapp, atau band yang kononnya cool seperti Arcade Fire dan Fleet Foxes, aku tahu bahawa mereka semua tak boleh lawan kebijaksanaan Madonna dalam menicpta melodi muzik pop yang sederhana tetapi cukup ramuan dan lengkap berperisa (dan tidak tawar seperti...misalnya...lagu-lagu Celine Dion?). Begitu juga dengan karisma luar biasa beliau untuk persembahan live. Aku tak rasa ada perkataan yang cukup untuk menceritakan perjalanan kerjaya Madonna yang sangat hebat selama 3 dekad ini. Mana ada manusia lain yang begitu lama bertahan dalam dunia muzik mainstream. Beliau ialah model survivor yang terbaik. Segala kontroversi beliau hanyalah perkara sampingan – what matters is the MUSIC. And the criminally underrated voice. Long Live The Ever Irreplaceable Empress of Pop, Madonna Louise Veronica Ciccone. youtube/watch?v=pbhByOf6dnY
Posted on: Sun, 28 Jul 2013 01:39:58 +0000

Recently Viewed Topics




© 2015