Pasti anda semua tertanya-tanya, apa bestnya duduk di homestay? - TopicsExpress



          

Pasti anda semua tertanya-tanya, apa bestnya duduk di homestay? Apa kelebihan duduk di homestay berbanding di hotel? Di sini, saya akan terangkan kelebihan-kelebihan homestay berbanding hotel. Harga di homestay Sebagai contoh, homestay saya di Presint 16 yang berharga RM300 semalaman. Dengan 3 bilik tidur , 3 bilik air, kemudahan memasak, seterika televisyen dan ruang yang luas. Rumah ini mampu menampung di antara 7-8 orang dewasa sekali masuk. Tempat parking kereta berhadapan dengan rumah dan berdekatan dengan surau serta pusat kejiranan Presint 16. Di hotel pula, anda hanya mendapat sebuah bilik yang mungkin boleh memuatkan di antara 3-4 orang dewasa. Cuba kita bayangkan sekiranya kita mempunyai anak kecil dan kanak-kanak yang giat ke sana ke sini. Pasti mereka memerlukan ruang yang luas untuk bergerak. Dan pastinya homestay merupakan entiti yang paling dekat dengan hati mereka. Kebersihan homestay Cadar dan alas kaki sentiasa ditukar apabila ada pemulangan kunci kepada pemilik homestay. Pemilik homestay (iaitu saya) amat menitik beratkan kebersihan. Setiap manusia mempunyai bau badan masing-masing dan mungkin tidak berasa selesa sekiranya bau itu melekat di atas cadar/alas kaki. Anda pasti inginkan homestay yang mengharum wanginya,bukan? :) Meeting point Berkenaan dengan meeting point,, saya lebih suka pastikan tetamu tidak sesat ketika menuju ke homestay saya. Saya akan menetapkan meeting point di suatu tempat yang tetamu saya tahu. Mungkin dia tahu menuju ke Presint 9, atau mungkin dia hanya tahu jalan masuk ke Putrajaya dari Tol Putrajaya. Tidak kira dari mana anda berhenti, di situ saya akan tunjukkan jalan kepada anda sehingga ke pintu masuk homestay. Bukankah itu sesuatu yang sangat menyenangkan? :)
Posted on: Sun, 03 Nov 2013 23:25:00 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015