Pasti ramai yang masih tertanya-tanya kenapa PEMBINA tidak - TopicsExpress



          

Pasti ramai yang masih tertanya-tanya kenapa PEMBINA tidak menyertai i-FORSIS kali ini, jawapan saya: 1. PEMBINA ucapkan terima kasih atas jemputan setiap kali i-FORSIS dijalankan. PEMBINA telah sertai beberapa siri i-FORSIS sebelum ini dan turut menyumbang resolusi bersama. PEMBINA tiada masalah dengan i-FORSIS dan mengucapkan tahniah atas penganjuran tersebut. 2. i-FORSIS adalah suatu platform perbincangan dengan keterikatan yang longgar dan minimal. Ianya bukan gabungan atau gerakan bersama dengan syarat-syarat tertentu. PEMBINA juga pernah menjemput persatuan lain ke program PEMBINA, ada yang dipenuhi seperti STUDENT POWER dan ada yang tidak. Ini bergantung pada kesesuaian dan prioriti persatuan pada waktu itu dan kita saling menghormati keputusan tersebut. Jadi jemputan seperti ini adalah bebas untuk hadir atau sebaliknya. 3. Jadi kenapa PEMBINA tidak sertai kali ini? Pertama: PEMBINA terlibat dengan PRK buat pertama kali jadi perlu memberi fokus yang lebih berbanding persatuan yang sudah berpengalaman menyertai PRK atau persatuan yang tidak menyertai PRK. Kedua: Isu awlawiyat (keutamaan). Sekarang ini COMANGO mencabar kedaulatan Islam dengan usahanya untuk melobi negara2 lain di Geneva. Ini isu lebih besar dan utama yang perlu difikirkan Mahasiswa tentang masa depan Islam di Malaysia. Saya telah mencadangkan tajuk ini kepada penganjur i-FORSIS memandangkan PRK pun belum habis dan MPP mungkin akan dibentuk dalam tempoh sebulan lebih lagi. Tapi COMANGO, ia berlaku sekarang dan sepatutnya kita menjadi kuasa pendesak kepada mereka kerana majoriti i-FORSIS adalah persatuan Islam. Ketiga: DEMA dan KAMI. DEMA adalah salah satu persatuan yang bergabung bersama COMANGO untuk mencabar kedaulatan Islam di Malaysia. Sebelum ini, tidak termasuk dalam gabungan i-FORSIS. Mana mungkin kita duduk semeja dalam masa berbincang tentang isu lain tatkala dibelakang mereka merencana untuk menikam kita. Duduk semeja hanyalah membenarkan tindakan mereka, seolah-olah berkata Kami okay dengan anda sebab kami sepakat dalam isu MPP dan berlapang dada (tak kisah) anda nak cabar Islam. KAMI? Kami tidak kenal pun siapa mereka. Yang kami kenal adalah Khalid Ismath Syiah adalah imej KAMI. 4. Saya telah panjangkan concern PEMBINA di atas dan memberikan syarat jika mahu PEMBINA sertai i-FORSIS kali ini: Pertama: Tukar tajuk kepada isu COMANGO kerana ia keutamaan yang lebih utama drpd isu MPP melihat kepada kesuntukan masa. Dalam masa yang sama kita boleh menyatakan pendirian terhadap DEMA (dan berdakwah kepada mereka mungkin?). Kedua: Terus dengan tajuk perbincangan dengan syarat DEMA dikeluarkan daripada senarai jemputan. Saya belum melaksanakan NAHI MUNGKAR terhadap DEMA, mana mungkin saya boleh laksanakan AMAR MAKRUF kepada tajuk MPP. Mafsadah yang ibawa oleh DEMA adalah lebih besar saat ini dan ia tidak dapat dilaksanakan dengan tajuk yang ada. PEMBINA tak mahu dicop sebagai tukar topik penganjur nanti. 5. Jika syarat tersebut tidak dipenuhi, ini bermaksud bahawa penganjur akan teruskan tanpa PEMBINA. Saya beritahu penganjur insyaAllah PEMBINA akan sertai i-FORSIS akan datang dan sudi memberi idea dan input dengan lebih baik tanpa DEMA dan KAMI. 6. PEMBINA tidak terlibat dalam i-FORSIS kali ini tidak bermakna PEMBINA tidak professional bila mentadbir MPP kelak. i-FORSIS tidak sama dengan struktur MPP. MPP adalah tanggungjawab dan amanah untuk melaksanakan tugas dalam satu sistem yang disepakati. Sistem perlu dihormati selagimana tidak bertentangan dengan syara dan amanah perlu dilaksanakan. i-FORSIS hanyalah platform yang kita boleh tentukan format, tajuk dan ahlinya. Jemputan bebas untuk sertai dan tidak terikat. 7. Sedikit mulahazat; i-FORSIS adalah inisiatif persatuan Islam. Seharusnya kita yang menentukan sistem dan cara kita bergerak dalam i-FORSIS. Banyak lagi isu kepentingan ummat Islam yang belum kita bincangkan bersama e.g. COMANGO, liberaslima, Syiah di kalangan mahasiswa. Peranan kita lebih besar daripada MPP terutamanya dalam menentukan kedudukan Islam dalam menghadapi bertembungan dua tamadun. Semoga i-FORSIS hari ini berjalan dengan lancar. Esok dah uruskan pertemuan dengan teman-teman persatuan Islam yang lain.
Posted on: Sat, 26 Oct 2013 01:56:38 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015