Pelanggan kesal jalan tidak diturap semula 27 Oktober - TopicsExpress



          

Pelanggan kesal jalan tidak diturap semula 27 Oktober 2013 MARAN - Kerosakan jalan masuk ke deretan kedai makan Kampung Bintang dekat sini memberi kesulitan kepada pelanggan selain berisiko kepada kerosakan kenderaan. Permukaan jalan tidak rata dan berlubang memaksa pelanggan memandu kenderaan melalui kerosakan tersebut apabila tiada pilihan lain memandangkan ia satu-satunya laluan keluar dan masuk ke kawasan kedai berkenaan. Pekerja swasta, Abdul Rahman Awang, 32, berkata, jalan berlubang itu dipercayai berpunca akibat kerja menanam kabel pada awal September lalu dan tidak diperbaiki dengan baik. Dakwanya, kerja mengorek jalan raya asal di laluan masuk ke kedai makan itu tidak diturap semula dan menyebabkan kerosakan teruk pada permukaan jalan terlibat. Menurutnya, kerosakan tersebut sudah lama berlarutan dan tiada sebarang kerja baik pulih dilakukan pihak bertanggungjawab. “Setiap kali mahu masuk ke kawasan kedai untuk meletakkan kenderaan, kami terpaksa berhati-hati dengan memperlahankan kenderaan kerana tiada pilihan selain melalui jalan berlubang ini. “Lubang ini wujud akibat kesan korek untuk kerja tanam kabel apabila tidak diturap tar dengan baik dan keadaan bertambah buruk apabila ini sahaja laluan masuk dan keluar dari kedai berkenaan,” katanya. Sementara Mohd Sallehuddin Ramli, 28, berkata, pihak berkenaan perlu memperbaiki kerosakan jalan tersebut memandangkan kawasan kedai makan itu menjadi tumpuan orang ramai untuk mendapatkan pelbagai masakan ayam kampung. Menurutnya, satu lagi laluan ke kedai itu terpaksa ditutup buat sementara waktu bagi memberi laluan kepada kerja-kerja memperbesarkan jalan Maran-Kuantan di hadapan deretan premis makanan terbabit. SH
Posted on: Sun, 27 Oct 2013 12:48:13 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015