Pelbagai usaha promosikan produk IKS NUSAJAYA 21 Ogos - Kerajaan - TopicsExpress



          

Pelbagai usaha promosikan produk IKS NUSAJAYA 21 Ogos - Kerajaan negeri mengadakan pelbagai program bagi mempromosikan produk usahawan kecil dan sederhana (IKS) bagi membolehkan mereka terus berdaya saing. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Md. Jais Sarday berkata, pihaknya turut mengadakan program pemadanan perniagaan. Di samping itu, usahawan berkenaan digalakkan menyertai program promosi oleh pelbagai pihak termasuk Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (Maha), Pameran Halal Antarabangsa (Mihas) dan Pameran Satu Daerah Satu Industri. "Menerusi program-program tersebut, para usahawan berjaya mencatatkan jualan dan pemadanan perniagaan yang begitu menggalakkan. "Hasil program promosi sebegini, kini semakin banyak produk IKS berjaya menembusi pasar raya seperti Maslee, UDA Ocean, Mydin, Giant, Tesco dan beberapa premis lain," katanya menjawab soalan Mohd. Ismail Roslan (BN-Semerah) dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kota Iskandar, di sini hari ini. Md. Jais berkata, bagi meningkatkan keberkesanan pemasaran IKS, Jabatan Pertanian dan Industri Asas Tani, Majlis Pembangunan Usahawan Negeri Johor (MPUNJ) dan pelbagai jabatan serta agensi keusahawanan akan terus mengadakan lebih banyak program pembangunan produk IKS.
Posted on: Thu, 22 Aug 2013 00:18:25 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015