Pembantu jurutera awam JPS maut kemalangan, saksi diminta tampil - TopicsExpress



          

Pembantu jurutera awam JPS maut kemalangan, saksi diminta tampil bantu siasatan 25/08/2013 SHAH ALAM - Seorang pembantu jurutera awam di Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas dan jatuh dalam longkang di Kilometer 3.7 Lebuh Raya Utara Selatan awal pagi tadi. Mangsa, Muhammad Ehsan Kamaruddin, 26, menunggang motosikal jenis Yamaha dengan nombor pendaftaran BKW 1079 dari arah Kuala Lumpur menghala ke rumahnya di Bukit Kapar, Klang, dekat sini. Ketua Bahagian Ketenteraman Awan dan Trafik Shah Alam, Deputi Superitendan Goh Lee Shen berkata, mangsa yang masih bujang di percayai telah terbabas sendiri dan jatuh ke dalam longkang sebelum ditemui oleh orang awam yang melalui jalan itu kira-kira pukul 4.15 pagi. "Kita masih tidak tahu kejadian berlaku pukul berapa tetapi kita menerima maklumat dari orang awam sekitar pukul 4.15 pagi tadi. "Kita minta saksi awam untuk tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam atau mana-mana balai polis bagi membantu siasatan atau hubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Mohamad Hafiz di talian 014-8905051," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Kejadian disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.- KOSMO!
Posted on: Sun, 25 Aug 2013 07:41:03 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015