Pemeriksaan Selepas Bersalin – 2 Minggu Alhamdulillah, semalam - TopicsExpress



          

Pemeriksaan Selepas Bersalin – 2 Minggu Alhamdulillah, semalam baru je selesai pemeriksaan 2 minggu selepas bersalin dengan doktor.. Sebenarnya saya agak risau juga sebab agak renyah kehidupan saya selepas bersalin.. Yalah, dengan Afiah dimasukkan ke hospital 2 kali, dengan saya yang menjaga diri sendiri selepas bersalin (huhu… sudah tentu saja dibantu oleh suami yang penyabar dan penyayang..).. Pantang oh Pantang! Orang kata masih dalam pantang saya sudah pergi makan di kedai, sudah menapak naik tangga.. Ohhh.. Oh sudah tentu saja yang semua itu saya lakukan bukan kerana kenikmatan atau keseronokan.. Tetapi semata-mata kerana saya tiada pilihan.. Sudah tentu juga jika saya ada pilihan saya juga mahu duduk dan berehat saja dilayan oleh orang yang boleh menjaga saya selepas bersalin.. hehehe.. Apalah daya saya kerana nasib saya tidak sebaik itu.. Hargai Bantuan Orang Di Sekeliling Jadi, bagi anda yang punya emak atau emak mertua atau makcik-makcik yang sanggup bersusah payah menjaga anda selepas bersalin, hargailah bantuan yang mereka berikan.. Kerana saya hampir-hampir juga bentan (agaknyalah kot, hampir demam..) disebabkan terlalu letih dan rasa macam nak pengsan.. Mujur mujur mujur.. Ada sedikit ilmu pengetahuan untuk mengelakkan demam sebelum ianya berlaku tanpa perlu mengambil sebarang ubatan.. Ya, terpaksa mengelak dari mengambil sebarang ubatan kerana saya menyusukan Afiah sepenuhnya.. Baiklah, berbalik semula kepada kerisauan saya.. Yalah, masa bersalin tempoh hari memang ada ‘sedikit’ jahitan yang doktor enggan memberitahu saya berapa jahitannya.. Yang diulang adalah “Sikit jer, cikgu!”.. Tapi rasanya doktor pun pasti lebih tahu dari saya bahawa saya tersangatlah takut dan panik sewaktu itu.. Entah apa agaknya keadaan saya jika saya tau berapa banyak jahitan dan berapa besar koyakan yang saya alami.. Apatah lagi selepas kali ke-2 Afiah masuk hospital tempoh hari memang terasa lain sangat di bahagian vagina.. Sedikit tidak selesa, sedikit sakit dan rengsa apabila bergerak.. Teringat cerita kawan-kawan tentang jahitan terbuka ler, bengkak ler.. Aduihhhh.. Risau memang risau.. Tapi tawakal saja.. Setiap kali saya simbahkan (suami suruh sapu, tapi saya tak punya keberanian untuk memegang tempat yang luka berjahit itu) ubat kuning pasti saya berdoa memohon agar ianya menjadi penawar kepada sebarang penyakit saya.. Berat Atau Ringan? Bila jumpa doktor semalam, pertama sekali cek berat ler.. Hehehe.. Macam hampeh, timbang kat klinik Doktor Tokha tu selalu benar lebih 1 kg daripada penimbang di tempat lain.. hehehe.. Sebenarnya saya tahu juga, yang membezakan 1 kg tu adalah waktu menimbang.. Biasanya saya timbang di tempat lain pada waktu pagi, tempoh hari timbang di Hospital Penawar juga waktu pagi.. Kali terakhir timbang adalah pada hari Jumaat, 1 hb Julai.. Di penawar, berat saya baru 92.2 kg.. Semalam bila timbang di Klinik Doktor Tokha sudah jadi 93.4 kg.. Sebabnya timbang waktu petang.. Perut sudah penuh, sudah makan.. Graviti juga sudah sedikit berbeza.. Tapi tak apa, masih lagi 6kg lebih ringan daripada sebelum saya mendaftar keluar dari hospital tempoh hari.. Darah Beku Dalam Rahim Seterusnya, ultrasound rahim pula.. Lihat saja, doktor sudah tanya, sape urut dan ada urut perut tak.. Saya kata tukang urut jer, dan dia kata cuma sapu krim.. Hehehe.. Memang pun Kak Eta cakap cuma sapu krim tapi saya terisau juga sikit bila dia sapu krim tuh bukan main lama lagi.. Tapi tak apa jugalah, doktor kata sikit aje dan darah beku tu InsyaAllah akan hilang.. Arghhh.. geram juga sedikit dengan tukang urut ni bila saya sudah pesan jangan usik rahim saya.. Dan seterusnya bahagian yang agak merisaukan saya iaitu pemeriksaan luka dan jahitan.. Saya bimbang juga kalau doktor kata ada masalah.. hehehe.. Luka & Jahitan Tapi syukurlah, doktor kata luka beransur pulih dan dalam keadaan baik dan sangat bersih.. Tiada jangkitan.. Sehubungan dengan itu, hari ini saya rasa sangat bebas bergerak.. Hehehehe.. Rasa lega kerana tahu yang tiada apa yang perlu saya risaukan dengan luka dan jahitan itu.. Apapun saya amat bersyukur kerana saya tidak perlu melalui kesakitan selepas bersalin seperti yang diceritakan oleh rakan-rakan lain.. Malahan saya rasa saya telah mula melupakan kesakitan dan trauma yang dialami waktu bersalin tempoh hari.. huhu.. Kadang-kadang saya masih rasa pelik bagaimana Afiah boleh keluar dari saya.. Dia sangat besar dan montel.. huhu… Bulan depan akan jalani satu lagi pemeriksaan.. Kali ini saya perlu juga lalui sekali lagi glucose test untuk memastikan saya tiada lagi diabetes.. Harapnya diabetes itu hanya berlaku sewaktu saya mengandung.. Dan yang pastinya saya ingin berusaha sebaik mungkin untuk memastikan saya lebih sihat untuk mengandung yang akan datang.. hehehe.. P.S.: Oh ya, pemeriksaan berikutnya juga saya akan buat pap smear.. Hmmm.. Walaupun rasa tak ingin buat, mungkin tetap kena buat juga, kali terakhir saya melakukan pap smear adalah 2 tahun selepas berkahwin dulu.. P.P.S.: Doktor tanya berapa berat saya sebelum mengandung, dan saya kata 104kg.. Dan sekarang saya lebih ringan daripada sebelum mengandung.. Doktor kata “Betul kan saya kata lebih mudah kuruskan badan sewaktu mengandung dan selepas bersalin..” P.P.P.S.: Semalam juga baru saya tau yang rupanya sewaktu bersalin hari tu tekanan darah saya naik sangat tinggi (pre-eklampsia). Patutlah saya tengok dalam laporan doktor tulis alasan vakum kerana pre-eklampsia.. heehehehe.. Nasib baik saya memilih doktor yang betul… Dipetik Daripada: anakmommy
Posted on: Fri, 21 Jun 2013 19:43:35 +0000

Trending Topics



m Ford to
I am in need of help you guys. My daughter is a Jr in high school
Dont Miss This Great Update.. Read!! Real boys are getting busy

Recently Viewed Topics




© 2015