Pendidikan ISLAM Johor Sekolah Agama Kerajaan Johor merupakan - TopicsExpress



          

Pendidikan ISLAM Johor Sekolah Agama Kerajaan Johor merupakan sekolah-sekolah pendidikan Islam yang ditadbir terus oleh Kerajaan Johor melalui Bahagian Pendidikan, Jabatan Agama Johor. Sekolah Agama Kerajaan Johor diwujudkan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Almarhum Sultan Abu Bakar untuk memberi pendidikan agama kepada kanak-kanak Islam di negeri Johor dengan menggunakan perantaraan Bahasa Melayu secara PERCUMA dan ditanggung sepenuhnya oleh baginda Sultan bagi memastikan kanak-kanak Islam di Johor mendapat pendidikan agama yang teratur, sempurna. Kini, sekolah Agama Johor telah diterima oleh masyarakat Islam Johor sebagai satu keperluan dan kemestian walaupun di masa yang sama anak-anak mereka mendapat pendidikan agama menerusi matapelajaran pendidikan Islam yang diajar di Sekolah Rendah dan Menengah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Kini Majlis Agama Islam Selangor mencontohi negeri Johor dalam urus tadbir pendidikan agama. Tidak ada negeri lain termasuk kelantan yang diwarwarkan sebagai negeri Islam yang mempunyai pendidikan Islam secara formal dari zaman dahulu. Sememangnya Johor maju bersama Islam...
Posted on: Fri, 04 Oct 2013 00:56:41 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015