Penjana kematangan dengan rahsia kebijaksanaan emosi melalui - TopicsExpress



          

Penjana kematangan dengan rahsia kebijaksanaan emosi melalui pemikiran otak kanan terutama bagi kanak-kanak. Pencetus kepada getaran semulajadi bahagian otak sebagai penyimpan segala memori sebelum dikeluarkan semula melalui proses yang tepat, pantas dan menyeluruh. Membantu meningkatkan daya dan tenaga terpendam di dalam tubuh di samping fizikal bagi mencapai kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi. EQ amat bermanfaat untuk memperbaiki diri kanak-kanak sehingga ke tahap spiritual dan emosi yang mempengaruhi jiwa dan akal supaya lebih matang dan bijaksana di samping membina keperibadian mulia seperti menghormati diri dan orang lain malah alam sekeliling, menghargai kehidupan, berkesantunan, mengamalkan nilai-nilai murni kehidupan dan yang paling penting ialah memahami dan menghayati rahsia penciptaan oleh Maha Pencipta, Allah SWT. Kaedah Penggunaan : Kemaskini : 26 Julai 2013 RM145.00 Semburkan 3-5 kali ke dalam mulut atau di bawah lidah (Ulangkan 3 kali sehari). Gunakan menurut hari yang ditetapkan pada setiap botol iaitu waktu siang terdapat 7 botol mewakili setiap hari dan untuk waktu malam juga terdapat 7 botol yang digunakan pada sebelah malam. Amalkan penggunaan EQ setiap hari. Kesan maksimum bagi kanak-kanak sebelum usia 15 tahun, namun boleh juga diambil oleh orang dewasa. Belajar Melalui Jiwa / Imaginasi / Visual Terdapat dua bahagian / hemisfera otak iaitu otak kanan dan otak kiri. Kedua-dua hemisfera otak kanan dan kiri ini amat berpengaruh terhadap gaya pemikiran setiap manusia. Terdapat individu-individu yang pemikirannya lebih dipengaruhi oleh otak kanan dan terdapat juga individu-individu yang pemikirannya lebih dipengaruhi oleh otak kiri. Gaya pemikiran otak kanan adalah lebih bebas dan rawak, lebih menyeluruh (holistik), intuisi, subjektif, sintesis dan abstrak. Gaya pemikiran otak kiri pula lebih kepada logik, rasional, analitik, objektif, berturutan dan spesifik. Ilmu yang mudah dilihat banyak menggunakan otak kiri contohnya ialah ilmu matematik dan ilmu yang berkaitan dengan otak kanan ialah ilmu seni muzik, sastera dan lukisan. Walau bagaimanapun, terdapat juga ilmu-ilmu yang menggabungkan pemikiran otak kiri dan kanan seperti ilmu-ilmu sains fizik, kimia, astronomi dan falsafah. Jika dilihat daripada sudut pendidikan, kebanyakan sistem pendidikan yang terdapat di dunia lebih menjurus kepada aliran pemikiran otak kiri. Para pelajar di seluruh dunia dilatih untuk membuat keputusan dan melakukan satu-satu tindakan berdasarkan logik, rasional dan yang mendapat pulangan materi semata-mata. Ciri-ciri pemikiran otak kiri lebih ketara apabila pelajar memasuki gerbang universiti. Jika dikategorikan dalam ilmu teknik berfikir, gaya berfikir menggunakan otak kiri ini bolehlah dikelaskan sebagai gaya pemikiran vertikal. Gaya berfikir seperti ini sangat-sangat memerlukan sebab-sebab rasional dan logik; segala keputusan mesti berdasarkan sebab dan akibat, pengalaman-pengalaman yang lalu dan mesti mempunyai rujukan; setiap idea mesti berasaskan logik dahulu kemudian baru boleh dilaksanakan. Ringkasnya, segala idea dan imaginasi akan dikongkong oleh logik dan rasional. Para pelajar tidak akan bebas berfikir dan tidak mampu dan tidak berani melahirkan idea-idea baru apatah lagi idea-idea yang amat bertentangan dan dianggap pelik oleh individu-individu yang berfikiran konvensional. Fikiran konvensional adalah fikiran yang berasaskan pendapat-pendapat lama yang telah kukuh dan diterima ramai sebelum ini. Jika ada idea-idea baru yang dilahirkan pun hanyalah berbentuk inovatif atau improvement daripada idea-idea sebelum ini, bukan berbentuk kreatif. Boleh jadi pelajar, boleh cemerlang dalam akademik tetapi mungkin mereka tidak akan menghargai apa yang telah dipelajari. Sekiranya para pelajar dilatih lebih menggunakan otak kanan, mereka akan menjadi lebih kreatif dalam mengeluarkan idea. Idea-idea yang dilahirkan adalah lebih bebas, abstrak dan tidak terkongkong oleh fikiran-fikiran lama / konvensional. Berbeza daripada corak pemikiran otak kiri, dalam gaya pemikiran otak kanan, logik dan rasional akan menyokong imaginasi bukan imaginasi menyokong logik dan rasional. Di dalam ilmu teknik berfikir, gaya pemikiran otak kanan ini dikenali sebagai gaya pemikiran lateral. Jika gaya pemikiran ini diterapkan dengan lebih sistematik di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pendidikan tinggi, maka kemajuan teknologi sudah pasti akan lebih terkehadapan daripada yang kita lihat hari ini. Adalah tidak mustahil untuk melahirkan idea-idea yang tepat dengan menggunakan imaginasi tanpa melihat dengan lebih teliti tentang sesuatu perkara asalkan seseorang individu itu mempunyai asas yang cukup kukuh dalam sesuatu ilmu itu. Sebagai contoh, pada abad ke 12, terdapat seorang tokoh perubatan Islam yang amat terkenal di Mesir bernama Ibnu An-Nafis. Ibnu An-Nafis adalah amat terkenal sebagai orang yang pertama di dunia yang menemukan peredaran darah dalam tubuh manusia. Beliau telah menggambarkan dengan tepat bagaimana darah dalam tubuh beredar daripada jantung ke paru-paru dan seterusnya kepada seluruh sistem-sistem tubuh yang lain. Anehnya ialah beliau tidak pernah membedah satu pun mayat manusia seumur hidupnya. Jadi bagaimanakah beliau boleh menemukan idea ini ? Sudah tentulah beliau menggunakan imaginasinya setelah mempunyai pengetahuan yang kukuh dalam bidang perubatan. Beliau juga banyak membuat kritikan, ulasan dan pembetulan-pembetulan daripada ilmu-ilmu perubatan dari zaman Yunani seperti Galen dan juga tokoh-tokoh Islam lain seperti Al-Razi dan Ibnu Sina. Kesimpulan, teknik pembelajaran secara menghafal tidak pratikal kerana lumrahnya apa yang dihafal itu akan luput daripada ingatan jika ia tidak diperlukan. Sebaliknya pembelajaran dengan menggunakan semua sistem deria iaitu mata, telinga, kulit, hidung dan lidah dapat merangsang daya berfikir (secara semula jadi). Dalam hubungan ini CVT menerusi formula E.Q - E.Quotient iaitu larutan berasaskan air mengandungi hidrogen dan nitrogen memberikan tenaga dan khasiat kepada otak seperti susu ibu. E.Q - E.Quotient perlu disemburkan pada lidah akan memberi rangsangan kepada otak dengan lebih teratur yang secara tidak langsung menggalakkan individu itu menggunakan daya imaginasi serta visual mereka untuk belajar. E.Q - E.Quotient juga mengandungi magnesium, fosforus, potassium bagi dijadikan tenaga untuk merangsang sistem deria. Zon Fungsi Otak Zon 1 Penumpuan (Deria Bau / Hidung) Smell Zon 2 Visualisasi (Deria Penglihatan / Mata) Vision Zon 3 Persepsi (Deria Pendengaran / Telinga) Hearing Zon 4 Penelitian (Deria Penerimaan) Central Culcus Zon 5 Penghayatan (Deria Sentuhan / Kulit) Touch and Pressure Zon 6 Pemahaman (Deria Suara / Percakapan / Mulut) Speech Zon 7 Pemekaan (Deria Rasa / Lidah) Tasted Zon 8 Pengubahsuaian (Deria Pengawalan) Motor Control
Posted on: Thu, 25 Jul 2013 16:56:43 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015