Penurunan Harga Minyak akan berkuat-kuasa pada 13 September 2013 - TopicsExpress



          

Penurunan Harga Minyak akan berkuat-kuasa pada 13 September 2013 iaitu esok. Kabinet hari ini mengesahkan bahawa semua harga minyak akan diturunkan sebanyak RM0.50 sen,di semua stesen minyak di seluruh negara. Perkara ini disahkan oleh seorang menteri kabinet selepas selesai mesyuarat pagi tadi. Kabinet dalam mesyuaratnya pagi tadi, sebulat suara bersetuju untuk menghapuskan cukai yang dikenakan pada premis-premis syarikat minyak, dengan itu harga minyak mampu diturunkan sebanyak 35 peratus untuk setiap kategori akan berkuatkuasa pada pukul 12 malam ini. Sumber itu juga menegaskan, penurunan harga tersebut juga akan dapat dinikmati oleh semua kenderaan yang mengisi minyak di stesen dalam negara ini. Kabinet berharap penurunan harga minyak ini dapat mengurangkan bebanan rakyat. Walaupun tiada dalam manifesto, namun atas sikap prihatin kerajaan maka penurunan harga minyak di lakukan. Berikut adalah senarai minyak yang terlibat dengan penurunan harga, 1.Minyak Angin (Cap kapak dan cap Tombak) 2.Minyak Senyonyong (Cap Dacing dan Cap Senduk) 3.Minyak Gamat 4.Minyak Dagu dan Minyak Tumit 5.Minyak Pengasih 6.Orang minyak. 7.Minyak masak cap kucing
Posted on: Thu, 12 Sep 2013 13:25:33 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015